Thursday, 14 February 2019

Winter trip_Osaka : Day 2


Salam to all my dear friends and family.

Our 2nd day kat Osaka.  Semalam sampai sini pun dah malam.  AA skrg ni flight ke Kansai cuma 1 aje. No other choice kenala jugak amek yg pukul 2.10pm dari KL.  

Semangat bangun awal pagi..siap breakfast bagai..by 8am semua dah ready turun bawah. Baru 1st day memang masing-masing still in a rajin mood.  Bangun awal...bersiap awal...gerak pun awal.  Camnila yang kita mau and punctual.

1st destination is to Osaka Castle. How to go there? Kami guna OAP naik train.  Sila google map yea untuk ke sana dari Nipponbashi.  Saya tak ingat route dia...sebab serabut..huhu. Osaka Castle ni kiranya spot popular kat sana. Ohh yea, di Jepun memang uolls akan banyak sangat-sangat berjalan kaki tau. Sebab kita banyak guna public transport. So, make sure prepare fizikal mental betul-betul sebelum decide nak pergi travel ke Jepun.

Osaka Castle ni merupakan sebuah tempat yang cantik dan unik. Hari biasa pun boleh tahan ramai jugak manusia datang sini. Mostly budak sekolah pun ramai jugak pada masa kami pergi sana.  Bangunan castle ni takdela besar sangat. Persekitaran sekeliling castle ni cantik..banyak spot-spot bergambar yang cun. Kalau nak masuk ke Osaka Castle, memang kena bayar. Tapi, kalau uolls datang sini on a very tight budget, boleh je datang sini just untuk jalan-jalan amek gambar pun OK.  Dengan adanya OAP, selain dapat naik train terpilih secara percuma, kita boleh masuk castle ni for FREE.  Berbaloi kan? Sangat berbaloi to us.


My nephew



Its cold on our 2nd day there.



Waiting for the train.


Dah sampai...let's explore!!


Its winter...daun-daun yang colorful semua dah gugur.  Kalau tak kawasan sini memang full of daun yang warna warni. Kena dtg musim autumn pulak la...:)


Walaupun ranting pokok sahaja...view tetap kebaboomm!!




The ladies in this trip.




Sorang 1 batu..free style!!


Approaching the castle.





Sangat cantik!!






Ingatkan depa ni orang Jepun..rupanya depa dari China.  Depa pakai kimono ada festival apa ntah kat castle tu.  Takpela...bukti ada gambar dengan gadis kimono.



Selesai cerita castle..kita ke HEP Five Ferriswheel untuk tengok view awesome dari atas bangunan. So, from here uolls able to see Osaka city from the top. Yang paling best pasal ferriswheel ni, uolls boleh connect handphone kat speaker then apa lagi..'nyanyi' dalam ferriswheel tu!!  HEP Five Ferrieswheel ni terletak diatas sebuah bangunan setinggi 8 tingkat dan berwarna merah!!  Terletak berhampiran Umeda Station.  Ohhhh..nak naik ferriswheel ni is FREE!!  Just show them your OAP ...then you free to explore Osaka from the top.


Besar dan tinggi!! Bandar Osaka ni sesak jugak, especially kat area Umeda ni sebab ada main station, banyak department stores & pusat hiburan. Bayangkan pusat hiburan pun sampai 6 tingkat. Bowling, karaoke, snooker, darts, segala macam hiburan semua buka 24jam k! Memang boleh enjoy la sampai ke subuh kat sini!


The entrance


Dalam gondola ni muat 4 orang.



Getting higher and higher!!


Takut ni sebenarnya...tapi controlllllll...hahahahaha.





Lega dah sampai darat..kekekeke.


Persekitaran Umeda Station




Seterusnya kami ke Umeda Sky Building Floating Garden Observatory.  Pun sama jugak..masuk FREE.  Kat sini terdapat eskalator transparent dan uolls juga berpeluang berada di puncak bangunan dan melihat sekeliling kawasan Osaka. Kalau saya jalan sendiri..emm..sampai kesudah tak jumpa agak. Sebabnya, nak kesana ada pedestrian underground passage..tempat ni macam tersorok sikit & memang takde signboard so kena pandai-pandaila cari sendiri. Mujur dalam group kami ni memang pakar jalan kt Osaka. I follow..hehehe.



Akhirnya dah sampai kat Umeda Sky Building..legaaa...tinggi bangunan ni 173m dan jenis open rooftop so dapatla tengok pemandangan bandar Osaka dari atas sini.  Sangat menenangkan sebab jenis open air kan. Kalau ada rooftop cafe' kat atas ni lagi best kot..ehh tetiba..hehe. Bukan apa...boleh la lepak-lepak minum kopi ke apa ke sesambil tengok view atas ni. Yedakk..??














Selesai sudah journey kami pada hari tu.  Rasa macam dah tak kuasa nak berjalan lagi..letih jugak. Hari pun dah nak gelap, winter siangnya pendek so, kami semua balik ke guesthouse.  Ada yang nak sambung berjalan ke Dotonbori pada malamnya.. Saya dengan rumet tak keluar dah..lagipun malam tu pulak hujan.  Emmm...lagi la liat nak bangun dan nak kemana-mana.  Kami dinner panaskan Brahims dengan nasi.  Kenyang sampai ke esokkan harinya.  

Sekian dulu..nanti saya sambung lagi yea.

Tunggu..

.

No comments: