Wednesday, 13 February 2019

Winter trip_Osaka : Day 1


Salam to all my dear friends and family.

Winter trip ke Osaka.  Kali ni saya ikut my nephew. Dia every year buat trip ke Jepun. Saya suka Jepun..pergi banyak kali pun takpe..hehehe. Memandangkan saya ni malas nk fikir panjang nak buat research itu ini..must as well saya ikut ajer trip dia ni.  Bukan tak boleh nak buat itinerary sendiri..boleh sebenarnya tapi workload kat office boleh tahan banyak jugakla..tak ada masa nak mengoogle nak buat program..hehehe. Kiranya trip saya kali ni...lebih pada free and easy.  Yang pasti, dengan pakej yang berharga RM2,300 ni termasuk - return flight, in-flight meal, insurance, accommodation, Osaka Amazing Pass (2 days), Kansai Thru Pass (3 days) selama 6 hari 5 malam, pada saya sudah memadai..:)  Lagipun this is backpackers style..what do you expect kan..we go with the flow..:) 

The journey begins dari KL Sentral, saya dan Kak Su naik je bas to KLIA2..much cheaper. Can't afford to take ERL...mahal sangat!! Sampai airport, jumpa my nephew then check-in pape yang patut, terus kami pergi breakfast while waiting for the others to arrived.  Ramai jugak yang join this group dalam 24 orang.  According to Aiman, this is the biggest group yang dia bawa.  Good for him la kan...boleh belajar cara-cara nak handle berbagai-bagai karenah manusia in 1 go.

Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut kan, mehla saya cerita sikit mengenai our travel pass kat sana.  Kat Jepun memang banyak menyediakan tourist pass macam kita ni yang travel ke Jepun.  Penggunaan tourist pass ni la kita boleh save dan jimat duit untuk travel ke Jepun.  Osaka dan Kansai area pun banyak tourist attractions yang best-best.  I have to admit that Japan railways network are massive and much more complicated than Korea.  Sangat complicated berbanding subway di Korea..baru je nak study map Kansai dah pening..kalau tengok map Tokyo mesti lagi pening..hehehe.  Sebab tu la saya tak mahu pening-pening kepala mencari arah tuju ni..ikut aje group ni..kalau depa sesat...kita pun turut sesat..kalau depa jumpa jalan..kami semua happy...hehehe.


Untuk percutian kami selama 6 hari di Osaka, kami stayed at Nipponbashi - kami hanya beli 2 jenis tourist pass which is Kansai Thru Pass (3 days) and Osaka Unlimited Pass (2 days). Bagi kami, among all the pass, both pass definitely gives the best value!!  Sesuai untuk percutian bajet dan tak nak pening-pening dan tak nak pening-pening kepala beli tiket setiap kali nak naik train. Kami boleh siap keluar masuk station banyak kali sebab sekejap nak pi tandas la..sat lagi nampak baju nak singgah la..sat lagi nak singgah pi beli makan la....so, dengan adanya dua tiket ni, tak perlu nak risau salah station ke or nak naik banyak kali dalam sehari. Di Jepun ni train adalah transportation utama mereka..kemana-mana sahaja naik train dan jugak 'berbasikal @ berjalan kaki"..tak boleh nak malas-malas ok...kena exercise.  Kat sana ..pakai skirt cantik-cantik, pakai makeup tebal pun naik basikal tauu..yang lelaki biasalah..relax je kayuh basikal segak bergaya dengan office suit bagai..hehehehe.


Osaka Amazing Pass (OAP) - untuk 2 hari, unlimited usage RM128 per person.  Selain tu boleh naik turun train ke mana saja dalam Osaka area, kita jugak dapat masuk banyak attraction places for FREE contohnya macam Osaka Castle, Ferris Wheel - Hep Five's, Umeda Sky Building, Osaka Museum of Housing and Living, Tempozan Ferris Wheel, Captain Line shuttle from Universal Studios Japan to Port of Osaka..dan banyak lagi. Sebab 1 way tiket selalunya harga dalam RM10 lebih camtu...naik train dalam 10 kali sehari camtu...so kira berbaloi.

Kansai Thru Pass (KTP) - untuk 3 hari unlimited usage RM156.  Kita boleh travel ke seluruh Kansai menggunakan Subway. Osaka - Kyoto - Nara - Kobe dan banyak lagi.  Kalau kami stay lebih lama kat sana...dapat la kami explore lebih jauh lagi.  

Satu lagi pesanan penting, JR Rail pass ni kena beli di Malaysia..kalau dah sampai Jepun, harap maaf...x boleh dah. Kalau nak beli JR ni layarila laman web ni bayar by online tau// http://www.japanrailpass.net/en/ kat sini banyak info mengenai JR Rail Pass.  Semua saya serahkan pada my nephew he arranged everything for us. Sekali lagi...saya tak suka pening-pening kepala..serah segalanya pada team yang bertugas..hehehe.



We had breakfast dulu lepas check-in.


Kak Ita and family pun dah sampai.




Nak gelap dah...sunset masa ni.


Tak pernah-pernah saya dapat seat paling hujung sekali 51A.  Memang saya akan ingat sampai bila-bila.  Selesa jugakla duduk belakang sekali, dekat dgn washroom, 2 seat saja, bau makanan masa tengah perangat tu...sangat mengugat jiwa..hehehehe.


Hi Osaka!!









Menikmati warm seat.  Kat luar sejuk..bila dapat duduk tu rasa warm sangat..macam tak nak bangun..hehehe.


Suasana dalam train di Osaka.  Kami cukup riuh rendah banding dengan orang sana.





Ramai-ramai heret bag ke guesthouse.

No comments: