Salam to all my dear friends and family.
Ok meh kita sambung balik cerita Osaka. Ada jugak kawan-kawan tanya ..kenapa saya ke Jepun lagi? Bukan ke dah pergi ke hari tu..? Jawapan dia - Kalau dah pergi Jepun sekali, memang automatik kita akan suka pada budaya masyarakat kat sana..termasuk sistem pengangkutan. Nilai sivik depa kat sana sangat tinggi ok! Saya memang rekomen uolls yang tak pernah ke Jepun tu..pergila sekali dalam seumur hidup pun jadi la..insyaAllah banyak benda yang boleh kita pelajari kat sana. Negara depa bersih, toilet bersih, pekerja-pekerja depa sangat cekap dan menghormati pelanggan, pengangkutan awam yang sangat efficient, tak berebut masuk train, tak cakap kuat kat hp, tak ada orang cuba nak potong queue, bawa handbag takde orang nak ragut, banyak lagi lah..! Tu antara faktor kenapa saya repeat Jepun lagi.
Sebelum saya melalut, meh kita sambung journey pada hari ke 3 kami kat sana. Banyak tempat juga kami pergi hari tu. Mula-mula kami ke Osaka Museum of Housing and Living. Kat sini kita boleh merasai sendiri kehidupan orang-orang Jepun zaman dahulu. Best!! highly recommended untuk uolls semua! Datang tau!!
Museum ni berdekatan dengan Tenjinbashisuji shopping street. You won't missed it, sebab ada signboard naik lif terus ke tingkat 8. Sampai di tingkat 8, kami disambut oleh seorang staff museum tersebut. Dia bercerita serba sedikit mengenai museum ni..what do and don't. Sebelum masuk ke dalam, kita akan melalui kaunter utama dimana kita kena beli tiket, admission fee is 600 yen untuk adult. Tapi, for us just tunjuk OAP..kita boleh masuk for FREE..untung ada OAP ni. To those yang nak sewa kimono pun boleh jugak, kalau tak salah 500 yen untuk 1/2 jam. Museum ni ada 3 tingkat, dari 8 hingga 10. Mula-mula tu kena naik eskalator ke tingkat 10 dulu untuk pemandangan keseluruhan di zaman dahulu di Jepun..just untuk amik gambar general view je kt situ. Lepas tu baru turun ke tingkat 9 untuk aktiviti meronda di kawasan tersebut. Terdapat jugak barang-barang made in Japan yang biasa kita tengok macam mesin jahit, periuk nasi, tv, iron, mesin basuh dan sebagainya di tingkat 8.
Depan our guesthouse ni, hari-hari saya tengok parking kereta bertingkat belakang saya tu. Memang hari-hari saya fikir camnela nak parking kete tu..benda pelik kat sini yang way advance dari kita di Malaysia.
On our way to Tenjimbashi, Kita-ku from Nipponbashi Station by Sakisuji Subway Line. The journey is almost 20 minutes.
Salah satu permainan traditional yang unik yang terdapat di museum tersebut. Kita boleh juga cuba dan belajar cara main permainan tersebut.
Kat sini, kita bukan sahaja boleh jalan-jalan di kawasan luar rumah tapi kita jugak boleh masuk dan tengok sendiri deko dalaman rumah/kedai orang Jepun pada masa dahulu. Cantik..!
The best part tentang Osaka Museum of Housing & Living ni ialah dalam masa 45 minit, uolls boleh experience 2 waktu yang berbeza iaitu siang dan malam. So, secara automatic uolls boleh dapat dua versi (siang & malam) di tempat yang sama. Bila kita dongak ke atas, kita nampak langit biru dan langit ni akan berubah dalam masa tertentu. Cuaca tetiba dalam terang, keadaan jadi gelap dan bunyi macam guruh seakan nak hujan..then, cuaca jadi cantik semula, you will hear birds chirping melodiously. Terkagum saya masa tu.
Nak dpt gambar camni...kena guna extra flash light dari hp pada 2 sudut yang berbeza..haaaaa giteww!! ...sebab masa ni..suasana malam..keh keh keh.
Selesai tengok museum, kami ke Tenjinbashisuji Shotengai (Shopping Street). Tempat ni yang terawal wujud di Osaka. Kalau tak silap ada 600 buah kedai sepanjang 2.6km dan terpanjang di Jepun. Ada 7 blok semuanya...kami pada hari tu rasa macam tak mampu nak explore jauh-jauh. Cuaca pada hari tu pula menggila sejuk dari hari-hari sebelumnya..huhuhu. Ikutkan hati nak jugakla masuk ke setiap kedai-kedai kat sana ..shopping ke pape yang patutkan..tapi keadaan tak mengizinkan sebab we need to rush to next place. Kami keluar guesthouse pun agak lambat jugak hari ni...so, tak dapat nak berlama dalam tu..huhu.
Ada je yg photobomb kat belakang tu..:P
Akibat sejuk yang menggila ...sanggup beli mafla baru dan glove. Barula terasa warm sikit..tapi still sejuk!!
Lokasi seterusnya is Universal Citywalk dimana Universal Studios Japan dan Hard Rock Cafe Universal Citywalk terletak disitu. Kami naik JR Osaka Loop line menuju ke Nishiujo Station dan tukar trian JR Sakurajima Line terus ke Universal City Station. Kami sampai sana dah agak petang..mujurla dari station nak ke USJ tu tak jauh. Suasana kat sana memang happening dan cuaca yang menggila sejuk!! Ramai jugak tourist dan locals yang pergi USJ ni. Kami cuma amek gambar persekitaran je hari tu. Rasa macam sayang nak keluarkan tangan dari dalam poket nak snap gambar sebab sejuk sangat dengan berangin kuatnya pada hari tu..sabarrr ajerlah.
Its so damn cold!! Sebelum masuk USJ, kita akan jumpa City Walk ni dulu..ada macam-macam kat sini tau...antaranya Hard Rock Cafe', Bubba Gump Shrimp Co, dan ada macam-macam restaurants, cafe's and fast food kat sini..lebih kurang 30 kedai adala kot kat sini. City Walk ni ada 5 tingkat, termasuk parking. Hari tu memang sejuk betul!! Angin kuat ..bila angin tiup je laju-laju nak lari sembunyi kat dinding bangunan ..atau masuk je kedai memana nak rasa heater dalam tu..hehehehehe.
Jom la kita minum kopi dulu..panaskan badan kat dalam ni. Yang lain semua dah hilang kemana ntah..masing-masing membawa diri.
Lepak minum kopi dalam Hard Rock Cafe'. Borak pasal apa ntah masa ni...kusyuk nau dengar rumet berciter...hehehehe.
Tak lama lepas tu...family Kak Ita pun join us. Memang call them ajak join lepak minum kopi ramai-ramai..bagi meriah sket cafe HR ni sbb sunyi sangat tak ada orang. Bila kami datang baru rasa meriah ..hehehehe.
Bukti kenangan kami dah sampai HRC Osaka!!
Gambar depan HRC is a MUST!!
Ada hotel ada area USJ ni. Boleh check-in sini to those yang plan nak spend time whole day kt USJ..boleh stay kat hotel sini.
Sayang sebenarnya nak keluar dari Hard Rock Cafe..sebab kat luar sejuk sangat!! No choice kami kena jugak tempuh angin sejuk ni. Kami berjalan ke kawasan pintu masuk USJ. Macam biasa, replika globe yang berpusing tu dah tentu ada macam kat Singapore. Bukti saya dah sampai USJ ni..walaupun kami tak masuk..kat luar ni pun kami dah cukup happy. InsyaAllah kalau ada rezeki saya nak datang USJ ni nak masuk ke The Wizarding World of Harry Potter. Sekali lagi kami tak boleh nak buang masa..ada lagi itinerary kami kena pergi..nanti kelam kabut plak dibuatnya.
One for the album...ehhh..for the blog..hehehehe.
Ni dalam ATM room...sejuk menggila kat luar...kami ramai-ramai masuk dalam ni ..sbb dalam ni ada heater..hehehehe.
Tunggu my nephew check on the timing of the ferry to Kaiyukan Aquarium.
Cuaca sangat-sangat la sejuk!! dengan angin kuat lagi...adoiiaaiii memang mencabar betul rasanya.
Kami masuk Minion Hotel, tumpang solat dan berlindung dari kesejukan..kami perlukan heater!!!
Ferry dah sampai..jom kita ke Kaiyukan Aquarium.
Ferry dah berlabuh..kami beratur macam biasa. Naik ferry ni and again its FREE with OAP card. Bagus betul kad ni..macam-macam kita boleh guna for free...i likkeee!!
Duduk kejap je dalam ferry ni...lepas tu kami semua naik atas..bergambar dari atas..sambil rasa angin sejuk laut..bertambah-tambah kebas muka dibuatnya...:)
Dari kejauhan dah nampak Tempozan Ferris Wheel. Perjalanan ferry ni ke Port Osaka mengambil masa lebih kurang dalam 15 minit camtu.
Makin dekat view ferris wheel ni. Kami akan naik FW ni lepas makan nanti. Sekali lagi, dengan OAP ni kami boleh naik FW ni secara PERCUMA!! If not you have to pay dalam 700 yen camtu. Mahal jugak la..huhuhu.
Masing-masing menahan sejuk.
Kami dah sampai Port of Osaka. Dari sini kami nak ke Kaiyukan Aquarium dan Tempozan Marketplace tak jauh sangat..dalam 5 - 10 minit berjalan ke dalam. Terdapat juga restoren halal Turki kat sini, kami singgah kejap sebelum naik FW..
Kami order Chicken Kebab + Rice..portion banyak kami share 2 orang.
Lepas makan kami terus ke FW. Bila lagi nak naik kan...dah alang-alang sampai jomla kita naik ramai-ramai. Summore, its FREE..hehehe. Gondola ni ada 2 jenis, satu yang biasa, satu lagi yang lantai transparent. Naik sama aje...tak ada kena tambah harga pun. Tapi, kalau yang lantai transparent tu, kena tunggu lama sikit sebab gondola tu tak banyak. Sesapa yang gayat tu...dinasihatkan tak payahla naik..sebab FW ni boleh tahan tinggi jugak dan terbesar di Osaka.
Makin tinggi view dari FW ni.
Boleh nampak jambatan seberang sana...tak sure jambatan apa.
Higher and higher....
Ni yang paling TOP!! Gayat weyyy..jangan cakaplaaa.. dia berpusing sangat slow motion..jadinya tak la terasa sangat..but still!!! gayaaaattt!! huhuhu
View from far the Tampozan Ferris Wheel.
Settled FW kami ronda-ronda dalam marketplace ni, kami keluar untuk ke Osaka Aquarium Kaiyukan pulak. Tak masuk ke dalam aquarium pun, kami hanya pusing-pusing untuk amek gambar je.
Next, is to Dotonbori. Sayangnya saya tak snap gambar sangat kat sini, sebab its too cold tak termampu nak keluarkan tangan nak snap gambar..huhuhu. Dotonbori ni memang happening waktu malam dengan lampu2 neon di setiap sudut. Banyak shopping mall dan tempat makan kat sini. Yang halal pun uolls kena pandai-pandai tengok..mujur salah seorang dari group kami ni pakar bab mencari makanan halal. Kami ikut ajerla dia kemana saja..hehehe. Dia aje yang sudi mengajak saya dan rumet untuk join him makan..the rest..emmm...nan hadoorr. Ada setengah tu memang cari makan sendiri la...kami yang tak tahu apa ni kotla nak offer share sikit ke...sebagai orang melayu..apa salahnya bermanis bahasa kan mengajak ke, jamah sikit ke...emmm..idok jugak. Tak apa...bila dah masuk hari ke 3..dah mula nampak karektor masing-masing. Dah boleh nampak...sapa favorite sapa kat sana. Sapa yang dapat layanan terbaik kat sana...dan sapa yang dapat layanan tak dipeduli langsung.
Finally, kami tiba di Chibo Diversity Muslim Friendly rest. Tu pun dah almost 10pm and last order is at 10pm. Mujur rezeki kami 4 orang sempat la nak order food. Tak lama lepas tu K.Ita and family join us. Depala last order..memang tak boleh amek order lagi dah..huhu. Dotonbori ni banyak kedai makan halal ...antara rajin dan tak aje kalau nak search / google. Saya dengan rumet memang tak pandai la bab-bab makan...harap kengkawan kat sana ajerla. Kalau depa mengajak kami join....weolls ikut je...sebab kami ni bukan kalangan favorite pun kat sana...asyik kena tinggal..dan macam tak dipedulikan saja.
Okonomiyaki - macam sup sayur dengan ikan salmon
Chibo Hot Pot
Geng yang sudi layan saya dan rumet. Thank you sebab ajak kami join uolls... Kami suker aje bab-bab makan ni.
Sedap masakan muslim kat sini..chef pun orang Indonesia. Sebelum tutup kedai, chef mintak izin untuk bergambar dengan kami..rasanya untuk promosi kedai depa untuk orang muslim. Seronok kat Osaka ni, orangnya sangat baik, humble, kind and segala yang positive.
Perut pun dah kenyang...jom kita balik. Esok nak jalan jauh lagi..nak p tengok bamboo and the famous shrine. Setakat ni je dulu...nanti saya share lagi cerita saya k.
Tunggu...:)
No comments:
Post a Comment