Salam to all my dear friends and family.
As agreed semalam kami kena gerak dari guesthouse by 7am. Saya dengan rumet 5.30am dah bangun siap mandi, makan semua dah. Bila dah ramai-ramai ni..timing semua ke LAUT!! Dalam erti kata lain.."LAMBAT'. Sebab dah janji 7am kan nak kluar guesthouse. By 6am..ada la 2 3 orang yang bangun... by 7am..ada lagi yang atas katil, bfast, baru nak mandi. By 8am ada yang baru bangun jugak..jenis liat nak bangun pagi..dah kejut berkali-kali pun tak mangkit jugak! Jam hp bunyi 1000 kali pun tak jaga-jaga jugak! Finally bangun jugak..dengan tak mandi, cuci muka, gosok gigi, tukar baju..zass keluar camtu aje...tak bfast bagai. Lantakk sana... bukannya tak kejut awal...tapi jenis liat...hadapla sorg2 sana..malas layan. 9am jugakla kami semua baru keluar guesthouse. Saya tak mau nk bising-bising...just bising dalam IG story and to rumet...kekekeke. Tq Kak Su...sbb sudi mendengar bebelanku kt sana setiap hari on time management..hehehehe.
Kalau nak berjalan di sekitar wilayah Kyoto, sebaiknya gerakla seawal yang mungkin. Sebab kt Kyoto banyak tempat menarik kita boleh pergi. Plus, kalau lambat, nanti tempat tu dah ramai dan padat dengan tourist/local people. Bukan setakat nak ambik gambar lawa je susah, nak gerak berjalan pun nanti susah jugak! Sebab tula...time management is very important! Tour leader kena tegas sket...jangan jenis lembik..jenis tak ambil peduli...tak kisah bab masa ni. Sebab knowing kalau winter season...siang dia is very short, by 5pm dah gelap! Kalau dah asyik lambat camni...mana aje yang kami boleh explore. We pay for this trip is to and see the country/learn their culture/see the place and NOT just to stay lazy at home!
So, hari ni kita akan berjalan jauh sket dari Osaka. Kita akan ke Kyoto. Dalam banyak-banyak tempat kat Osaka ni,.tempat ni yang amatla saya nantikan. Kiranya objektif utama nak datang ke Osaka ni spesifiknya ialah nak pergi ke Arashiyama. Jangan tak tahu...dari KL lagi dah decide tau nak pakai baju apa demi untuk nampak cantik dalam gambar so that my gambar nampak kebabommm and outstanding..!! [POYO] :P :P Mula-mula berangan kann...hehehe. Tak sangka jadi kenyataan..haa giteww!!
Well, knowing that journey is going to be far dan lama + "Lambat"...bila kami sampai di Arasyiama dah tengahari. Ramai yang tahu kalau nak ke Arashiyama ni actually agak luar dari Kyoto City..kiranya dah macam masuk kawasan perkampungan. Maka, pengangkutan yang terbaik adalah seperti biasa is train. Dekat sejam jugakla perjalanan..dan bergantung kepada kategori train yang kami naik tu. Ada express, ada semi-express dan jugak ada local train. Kami naik semi-express + local train. Memandangkan saya tak berapa arif line-line train kt sana sebab ikut group ni senang saya malas fikir..hehehe. Kat sana...kena alert line apa yang kena amek..so that kita selamat sampai ke destinasi. Kagumnya kt Kyoto Station ni boleh dikatakan 10 kali lagi besar dari KL Sentral dan lagi super crowded dan busy dengan japanese. Tapi, signboard segala jenis subway, train dan lain-lain amatla bagus and in English version. Kita hanya perlu baca, faham dan ikut aje arah yang ditunjukkan. Memang kagum lagi la...bangunan dia besar..macam-macam subway kat bawah tanah, local train kat atas, ada pulak shinkansen station ada pulak JR Line yang masing-masing disusun dengan begitu teratur sekali. Ada pulak shopping mall bawah tanah tu haaa...fuhh!! bila-bila uolls sampai sana...tengok tau!!
Muka kelat antara nak senyum ke...nak menyampah ke...nak sakit hati ke...nak geram ke...hahahaha... Pape ajerlaaaaa
Well, kami ke sini ambil Sanin line dari Kyoto Station dan berhenti di Station Saga Arashiyama.
Masa ni dalam train, view on the way to Arashiyama.
Dari station sini kami kena berjalan lebih kurang 20 minit baru kita akan sampai ke Togetsukyo Bridge. View kat sini memang awesome!! Jambatan ni dibina merentasi sebuah sungai yang terletak di kaki bukit. Dengan banyak pokok rendang di pinggir sungai tu, memang cantik sangat view!!
Cantik view kat Togetsukyo Bridge ni.
Persekitaran bandar Arashiyama
Tak jauh dari jambatan tersebut, jalan dalam beberapa meter terdapat kedai makanan halal. Kami tak berhenti pun kat sini. For future reference boleh singgah disini untuk makan tengahari sebelum ke bamboo forest. Tak jauh sangat dah pun..dekat je.
Sepanjang perjalanan tu kami melalui kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan sampaila ke cenderamata. Memang banyak kedai kat situ. Ada jugak kami terserempak dengan pelancong Malaysia, sekadar bagi salam dan senyum aje. Kalau kami borak karang...mau lambatla kami nak sampai tempat bamboo itew..:)
Kalau nak diikutkan, Bamboo forest ni merupakan tempat yang paling saya nak pergi sebab apa? Sebab tempat ni klasik dan cantik! Kalau tak percaya uolls datang la sendiri kat tempat ni. Pokok-pokok buluhnya yang besar-besar gedabak dan tersusun cantik di kiri-kanan laluan memang best kalau buat photoshoot kat sini.
Masa kami sampai sana ramai giler manusia kat lorong-lorong bamboo tu. Nak bergambar pun susah dan agak mencabar jugakla. Terpaksa la kami gunakan teknik redah dan redho untuk bergambar..tak kisah la apa orang nak cakap. Kami ni datang dari jauh kan..rugi la kalau tak bergambar..hehehe.
View dia memang cantik kat sini. Orang pun ramai jugak kat sini. Tapi, bergambar kat sini is a MUST!! Bamboo forest ni just sekadar laluan pejalan kaki yang agak panjang. Tapi mungkin sebab ianya cantik dan unik dengan pokok buluh semeriah itu, tempat ni terus menjadi popular.
Aiskrim sedap perasa Bamboo + Cherry Blossom
Next destination is Fushimi Inari Shrine. Untuk kesana, kami amek train dari Arashiyama Randen Station. Kecik aje stationnya. Dari pintu masuk bamboo forest tadi, berjalan dalam 200m aje. Untuk sampai ke Fushimi Inari dari Arashiyama amek masa jugak dan sempat la weolls rehat kejap dalam train setelah penat jalan kaki. Seat is very limited..sebab train ni kecil aje.
Couple ni tengah bercinta kot.
Cantik berKimono untuk perempuan, Yukatta untuk lelaki
Sebelum nak sampai ke tiang oren tu, penuh dengan kedai-kedai dan gerak-gerai makan dibuka sepanjang laluan. Orang ramai ni tak kira hari gamaknya..sentiasa je ada orang datang sini. Sebab tourist attraction la katakan..sebab tu ramai orang.
Sebenarnya Fushimi Inari Shrine ni adalah salah satu temple yang sangat terkenal di Kyoto dan ia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Dan ini juga merupakan salah satu tempat yang rugi kalau tak pergi tengok sebab kawasan dia sangat cantik dan senibina yang sangat klasik disamping dapat melihat deretan Tori Gates yang sangat banyak!
Fushimi Inari ialah dimana terdapat ribuan tiang warna oren didirikan. Setiap tiang ini merupakan hasil derma oleh business/syarikat yang beroperasi. Harga setiap tiang ni berbeza mengikut size. Yang paling kecik pun dah cecah 400k yen untuk setiap satu. Ada yang boleh cecah jutaan yen untuk setiap satu bagi yang bersaiz gergasi. Kat tiang-tiang ni pulak akan diukirkan nama setiap penderma tu. Actually, kalau ada masa yang panjang kita boleh hiking ikut trails yang disediakan untuk sampai ke puncak Mount Inari tu. Tapi since kami tak banyak masa, hanya sempat sampai ke phase 1 aje.
Kami panjat sampai separuh jalan aje..sebab rasanya sampai atas nun pun lebih kurang je viewnya. Tiang color oren tu jugak. Tapi, memang cantik view dan experience jalan kat situ. Orang punyala ramai masa tu..memang agak sesak jugakla. Then, memang susahla nk bergambar dengan tenang dalam tu. Orang duk penuh saja. Gigih la kami cari shot yang agak lengang.
Nama pemilik syarikat yang diukir di setiap tiang.
Kat certain-certain kawasan disediakan free wifi!! Seronok sakanla berinternet. Tapi, kami tak heran sangat sebab kami bawa portable wifi. Sepanjang jalan 24/7 updatela pape yang patut..:)
Selesai tengok shrine, moh la kita balik ke Osaka. Hari pun dah nak gelap. Dari Kyoto nak balik ke Osaka mengambil masa dekat sejam jugak la. Tapi, sebelum tu kami naik train dari station Fushimi Inari station naik metro train Keihan Line, dan turun di Gion Shijo Station. Untuk info, JR Line di Kyoto memang tak banyak yang laluan tourist hot spot. So, to those yang plan nak berjalan kt Kyoto ni sehari suntuk guna je Kansai Thru Pass. Unlimited access for any trains (except for JR) and any buses. Naikla sampai kejang urat kaki tu..hehehe.
Dari station Gion Shijo kami jalan kaki ke Shinkyogoku Street. Berjalan dalam 1/2 jam kot camtu..kami pun jalan lengang-lengang kangkung slow and steady..sebab dah letih dari siang tadi kami duk berjalan ajer kan. Shinkyogoku Street ni merupakan shopping street yang tertua di Jepun since 1872. Kat sini kami singgah makan kebab dan beli souvenirs sikit. Shinkyogoku ni agak besar kawasan dia..memang penat jugakla nak menapak.
Kat certain-certain kawasan disediakan free wifi!! Seronok sakanla berinternet. Tapi, kami tak heran sangat sebab kami bawa portable wifi. Sepanjang jalan 24/7 updatela pape yang patut..:)
Kami singgah kedai Mezopotamia, kedai Turki makan kebab. Lokasinya kat tengah jalan Teramachi. Dalam keadaan sejuk gedik malam-malam ni..kebab ni jadi rasa lain macam sedapnya. Ayam kebab tu memang lazat betul. Tak cukup 1..beli lagi 1 share dengan rumet. Yang penting kedai ni halal. Kami semua serbu je kedai...memang rezeki dia la kami semua pergi ke kedai dia. Alhamdulillah.
Lepas makan, kami diberi masa untuk jalan-jalan sekitar Shinkyogoku street ni..kotla nak beli souvenir ke apa ke kan. Kedai ni menjual pelbagai souvenirs pada harga yang berpatutan. Takut kami kena tinggal, kami beli aje kat sini.
Bila dah selesai semua, makan pun sudah..shopping souvenir pun sudah..seperti yang dijanjikan kami semua dikehendaki jumpa kat tempat kebab tadi pukul 8.30pm. Saya dgn rumet, dan 2 3 orang pergi ke tempat yang dijanjikan. Sapa pun tak ada kat situ..janji 8.30pm..sorg pun tak ada. Sedih bila mikirkan bab time management ni. Ingatkan dah sampai Jepun ni..attitude so call 'janji melayu' tinggal kat Malaysia.. Taakk...bawa jugak sampai ke Jepun. Adeeihhh!! So, kami berempat ni..berpandukan pada google map terusla kat station untuk amek train balik ke Osaka. Rupanya, depa semua dah sampai kat station. Mujurla kami tak kena tinggal.
Sekian dulu..nanti saya sambung lagi k.
Sekian dulu..nanti saya sambung lagi k.
No comments:
Post a Comment