Tengku Norsiah a.k.a. Aunty Missy. Kenapa panggil Aunty Missy? Dulu dia kerja sebagai nurse kat salah sebuah hospital kat KL ni. Dia ke Mekah sorang-sorang..sebab suami dia dah meninggal 2 tahun yang lepas sakit barah paru-paru.
Dia cukup bertuah sebab, dia baru aje register tahun ni, dan tahun ni juga dia dapat pergi ke Mekah. Yelah….dia pergi dengan pakej haji khas, under Tabung Haji juga, cost her about RM20k++ kot kalau tak salah. Aunty Missy kata, pakej ni selesa, sebab dapat bilik 3 orang aje, pehtu hotel dekat dengan tempat beribadah. In her group ada diwakilkan oleh seorang ustaz…1 kumpulan 7 orang aje, pada saya ia memang sesuatu yang cukup selesala..sebab tak perlu nak berasak-rasak dengan orang ramai/lain ketika melakukan ibadah. Kalau normal through Tabung Haji rasanya kena tunggu 2 3 years kot untuk menuggu kuota. Dah rezeki aunty saya tahun ni kerana dapat peluang yang belum tentu orang lain boleh menikmatinya. Saya suka cara dia membuat persediaan untuk ke Mekah, when I looked at her, I know she is now ready and all prepared.
Kenduri doa selamat ni tak buat besar-besaran pun, cuma panggil close family dan seorang ustaz. Uncle & Aunty dari Alor Star, Tok Mak Pah & family, Aunty Non & Ami Mohsen, Abang Faiz & family…tu aje..tak ramai.
Tak boleh nak panggil ramai-ramai sebab saya sorang-sorang yang nak mengendalikan majlis ni. Tak larat dibuatnya. Makanan saya order kat kedai Sri Damansara, Laksa & 3 jenis kueh. Aunty goreng kueyteow, ada nasi impit & kuah kacang. Tu aje menunya. Tupun dah penuh meja. Nampak tak banyak tapi nak menyiapkannya tu tanpa pertolongan orang lain memang penat dan susah. Sebab kena buat dalam quantity yang banyak...kalau quantity yang sikit aje takpe...tak teruk sangat.
Tu hal dapur. Hal dining room, nak kena keluar segala-gala dining set, sudu, garpu, gelas, jug dalam cabinet, kena cuci walaupun dah bersih, tp masih kena cuci jugak. Hal living room, kena vakum, ubah carpet, tambah carpet, susun furniture accordingly, banyak nak susun/ubah/atur tu Uuuuuu. Kawasan kat luar rumah tu lagi. Addooii...nasibla Uncle ada menolong sikit-sikit.
Lepas Asar semua tetamu dah datang. Baca doa selamat sikit. Rasa sebakla pulak rasanya bila ustaz tu baca doa...yelah...sebak sebab gembira sebenarnya. Cemburu pulak sebab aunty dapat ke Mekah. InsyaAllah....satu hari nanti saya juga akan ke sana juga.
Flight Aunty Missy malam tu jugak...tak pasti pukul berapa. Tapi dia kena berada di Tabung Haji by 8.30pm. Saya tak pergi menghantar, cuma Papa & Abg Faiz aje yang pergi.
Aunty Missy, Tok Mak Pah & Aunty KuMah
Tok Mah Pah, Aunty KuMah, Papa & Aunty Missy
Makan time...
Bersedia nak bertolak..
No comments:
Post a Comment