Lepas dah hantar barang-barang to UH, saya terus pergi office. Petang ni lepas office, Izuan datang. Kebetulan dia cuti hari ni..dan dia pun nak melawat mama. I fetch him kt KL Sentral then terus pegi UH.
Lepas maghrib, Izuan keluar dan Papa for dinner..left me alone dengan mama. It’s ok with me, lagipun nurses pun ramai. Dalam bilik mama tu ada 3 orang lagi patients…so takla sunyi sangat. Ada 1 patient ni, muda lagi ..dia duduk sebelah katil mama. Dia baru 13 tahun dah ada kanser tulang belakang dan baru aje lepas buat operations. Mak dia ni peramah sangat..berbangsa India. Masa saya tengah layan baca buku, Aci ni datang tegur sebab dia kata, anak dia ni suka tengok saya. Saya terkejutla....sbb dia kata ’suka’ tengok saya. Kenapa yea? Aci ni kata, anak dia suka tengok saya layan mama, sebab nampak loving sangat, cakap pun lembut, cium/sayang pipi mama, suap makan dalam mulut pun dengan pujuk rayu, kalau bercakap tu tak dengar suara, [yelah dlm wad, xkan nak cakap kuat2 pulak menganggu nnt] lagi 1 perkara....she like my dress that day [saya pakai baju kebaya hitam/putih]. Waahh!! Kembangla saya hari tu...puji melambung pulak Aci nih. Saya dah merah padam dah muka masa tu. Sempat lagi tanya, sama ada saya dah kahwin ke belum? Saya jawabla belum..dia pun tau saya belum kahwin, sebab selalu datang sorang2.
Saya pun perasan jugak anak dia asyik duk perhati aje saya ni. Pada saya tak ada yang ganjil kalau orang nak pandang kan. Lagi pun dah 1 bilik tu, kalau tak pandang kita..nak pandang saper lagi.
Malam tu saya balik dari UH pukul 9 sebab nak hantar Izuan kt Rawang. Izuan kerja kat Duta Palm Resort kat sana. At the same time, bolehla tengok tempat dia bekerja.
25/11/08 (Selasa)
Routine seperti biasa.
According to the doctor, mama ada urine infections..tapi tak serious stable.
Mama dah mula boleh makan guna mulut..tp dalam quantity yang sikit. Tak boleh banyak-banyak. Masa breakfast ada dalam 20 sudu kecil porridge, lunch pun macam tu jugak and dinner lebih sikit, sebab saya yang suap. Mama boring kot asyik papa aje yang suap. It’s a progress for her, sebab dia mau nak makan. Harap sangat cepatlah kami boleh balik, sebab saya tak larat nak ulang alik UH ni.
Nak habiskan semangkuk porridge tu pun punyala lama. Memang tak boleh habis pun, tak sampai setengah mangkuk pun mama makan. Jadikla at least something dia boleh makan menggunakan mulut..instead of NG feeding tu.
Well, itu aje ceritanya. InsyaAllah nanti saya akan hantar lagi khabar berita kat sini k.
Wednesday, 26 November 2008
Mama admitted II
Apa yang saya nak cerita/update ni….I’m totally blank now…too exhausted :( Takpe…biarlah saya cerita serba ringkas sambungan mengenai tajuk di atas tu k.
22/11/08 (Sabtu)
Hari ni pegi UH lambat sikit kena uruskan hal rumahtangga dulu. Sampai UH dalam pukul 10am. Saya tak park kereta kt parking UH tu, sebab terlalu mahal per hour is RM1.00. Saya park kereta agak jauh jugak dekat dengan kedai mamak Paandi kt PJ tu. Kena berjalan kaki dalam 15 minit ke UH. I’ll be in UH for more than 10 hrs..tak sanggup nak bayar sampai berbelas-belas ringgit untuk parking aje. Ni untuk jimatkan duit parking. Setakat RM3 – RM4 bolehla tahan lagi.
Kalau jalan lengang-lengang kangkung tu takperla jugak…ni nak kena bawa segala diapers, baju, toilet rolls, books, newspapers, breakfast..etc..etc..etc..tp tu semua saya letak dalam begpack kecuali diapers. Stok barang untuk weekend agak banyak berbanding stok barang on weekdays, sebab saya juga akan berkampung dengan papa on weekend :P
Keadaan mama masih macam tu jugak tak banyak perbezaan…masih tak mau makan. Still under observations..dan masih menggunakan NG feeding. Pada masa yang sama, kami cuba juga suap melalui mulut, tp dia tak mau juga buka mulut tu..:(
Lunch time makan kat food court Menara Timur. Dating dengan papala berdua aje. Tu pun dah lambat lauk-lauk pun tak ada yang menarik …kami makan aje apa yang ada…mahal pulak tu. Takpelah….rezeki untuk hari tu janji kenyang.
Pukul 6 lebih, saya kena ambil kereta saya kat kedai Paandi tu..nnt lelama kat situ orang syak kereta tu xder owner pulak...naya aje. Ambil kereta then park masuk basement kat UH.
Pukul 10 lebih barula saya balik ke rumah. Tp, tak terus balik rumah singgah kedai makan, sebab tak dinner lagi nih. Tp untuk dinner papa, dia keluar dgn Ami Zahir & family for dinner. Biarla dia tengok dunia luar pulak dari terperuk dlm wad tu aje..boleh pening dibuatnya..heh..heh..heh.
Saya dinner kat gerai tom yam kat Menjalara tu. Kali ni saya makan kat situ instead of beli bawa balik. Sampai tokey situ pun pelik, sebab tak pernah-pernah saya makan situ, kali ni saya makan situ. Sekali sekala apa salahnya. Almost 11pm baru sampai rumah.
Baju-baju yang saya basuh pagi tadi, nak kena ambil kat ampaian dan lipat terus. Nasibla tak hujan kering semua baju saya tu. Ingat nak iron baju papa untuk esok, lgpun esok hari ahad, pagi esok ajela iron baju papa. Untuk hari ni, i’m flat nak pengsan. 12.30am baru tidur...Zzzzzz
Yang datang melawat mama hari ni, Ami Zahir, Ami Mark, Ami Mat, Nda Jannah, Nda Iza, Aunty Non & Ami Mohsen.
23/11/08 (Ahad)
Keadaan hari ni, tak banyak bezanya macam semalam. Sama aje keadaanya. Cuma yang berbeza pelawat yang datang tengok mama. Cuma hari ahad ni hari cuti, ramaila yang datang melawat...tak menang tanganla nak melayan, walaupun tak menghidangkan air...heh..heh..heh. Bab-bab nak menjawab soalan itu dan ini yang tak pandai tu.
Papa kata..mama ni murah rezeki, sebab sesiapa saja yang datang melawat mama depa akan bagi ’sedekah’. Alhamdulillah la kalau macam tu...dah rezeki mama Allah Taala bagi macam tu. Syukur sangat-sangat.
Ohh..lunch & dinner untuk papa hari ni, my uncle belanja makan kat luar. Luar UH bukan luar wad..:) Saya tak kisah, saya boleh jaga mama bersama-sama nurse yang on duty. Papa deserves a rest and a proper meal as well. As for me, makan apa2 pun boleh...janji kenyang.
Lunch saya pegi food court kt Trauma building...dinner plak, otw home saya singgah kedai tom yam kat Menjalara tu. Kedai smlm. Kali ni tokey kedai tu duduk semeja dengan saya bersembang dgn saya. Kalau diikutkan hati memang malas nak bersembang2 dah. Tp, nnt dikatakan sombongla pulak. Well, sambil makan sambil sembang. Dia tanya banyak patah soalan...saya jawab sepatah. Knowing me not in a mood to talk...so sorry to that guy. Harap dia faham.
Then, malam tu kena bersiap untuk bekal hari Isnin pulak. Takut nanti terover slept lambat pulak sampai UH keesokkan harinya. Bersiap awal-awal ni senang...walaupun lambat kita dah tak ada apa nak fikir lagi sebab benda-benda yang nak kena bawa esok dah SIAP. Cuma kena bersiap untuk diri sendiri aje. I'm a well organised person..:P Kononnya..:) :D
24/11/08 (Isnin)
6.45am saya dah keluar rumah. Singgah kt Taman Tun beli breakfast for papa. Traffic tak heavy sangat sebab cuti sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Iera..alhamdullilah mama u dah mau makan Moga2 dia cepat sembuh..anak2dia yg lain x dtg melawat ke? Mana tau that can make her happy kan...
Post a Comment