Thursday, 20 November 2008

Mama admitted


Pagi ni mama admitted. Abang Faiz yang hantar pegi UH. Kenapa mama kena admit? Well, lately ni dia tak mau nak makan. Bukan baru-baru ni, dah beberapa bulan yang lepas before hari raya lagi. Normally, kami akan bagi roti with butter/jam, cereal, cornflakes, porridge, sup ayam, Wyeth ENERCAL Plus milk. Kadang-kadang tu on weekend, saya buat puding, kek, agar-agar, desert yang manis/sweet nak bagi mama makan untuk tukar selera kan. Semua tu dia tak mau makan. Kalau makan pun cuma beberapa mulut aje, lepas tu dia kulum banyak-banyak dalam mulut, kita ingat dia makan, kita ni pun suaplah...lepas tu dia luah keluar. Dah kotor baju. Nak kata tak sedap, benda-benda tu semua balanced nutrition.

Mungkin mama dah jemu kot. Tapi nak buat macamana, kalau nak bagi makan yang kita makan pun, macam nasi goreng ke, sayur, ayam, daging tu, mama bukan boleh makan pun, tak ada gigi nak kunyah and doctor pun advice NOT to give that kind of foods. Kadang-kadang tu bagi jugakla, kesian tau, nak kena hiris halus-halus ayam/daging tu lepas tu gaul dengan nasi..tu boleh...PUN tak mau jugak nak makan. :(

Kalau bagi minum Enercal milk tu, contohnya untuk dinner, dari lepas maghrib, hingga nak ke tengah malam baru selesai susu tu segelas. Kena suap guna sudu. Kalau momentum dia nak buka mulut dan nak makan tu ON, bolehla laju sikit, tp kalau dia dah tutup mulut tu...errmm..alamatnya berjam-jam lagi la baru nak habis segelas susu tu. Kalau tak minum susu tu, nanti lapar pulak.

Sekarang ni perkataan yang selalu keluar dari mulut dia is "TAK MAU, TAK MAU, TAK MAU, TAK MAU, TAK MAU" then pejam mata lepas tu tutup mulut rapat-rapat. Dah tu macamanala nak bagi habis segelas susu kalau dah keadaan macam ni.

Papa suggest bawa mama masuk wad. Abang Faiz jumpa personally Prof Vicky, asked for his advice and he suggested admitted. Prof nak buat observation on her, either to do CT Scan, Endoscoptic or x-rays..tengokla nanti macamana resultnya. Sometime ada kait mengait dengan brain jugak..message tak sampai kat brain tu yang jadi tak tentu arah tu.

Sementara ni Prof suruh guna NG feeding (Nasogastric feeding). It's usually recommended if the patient are likely to need to be given nutritional support for only a short time. Lepas dah selesai segala x-rays etc..etc..dah dapat results semua, tengok keadaanla mungkin nak kena buat Percutaneous endoscopic gastrostomy (PEG) permanently..:(

So, now UH is my 2nd home again. Pagi-pagi keluar rumah, before 7am saya dah keluar to avoid jam kat PJ area tu, to UH, hantar breakfast and baju bersih for papa or other things that he required from home. Lepas office, beli dinner dulu kat kedai mana-mana area PJ tu, then dinner kt UH dengan papa. Duduk UH sampai pukul 10pm baru balik rumah. Sampai rumah dah tak larat, tapi nak kena buat juga hal-hal rumah tu. Kalau kerja the next day nak kena iron baju saya & papa. Check pokok2 bunga kalau layu kenala siram pokok tu, takpela...malam siram pokok pun malamla...dah siang tak ada orang kat rumah. Lampu kt rumah tu jangan cakapla..keliling rumah saya pasang, dari porsh kereta, tepi kawasan rumah ada 2 lampu kalimantang, dedua tu saya pasang & belakang rumah..dah macam pesta pulak penuh dgn lampu kt rumah saya tu. Yelah..sebab tinggal sorang-sorang mana berani tak pasang lampu.

Weekend ni, routine mcm biasa jugak, pagi-pagi bangun mengemas rumah dan cuci kain baju yang seminggu tu. Bila dah selesai semua tu, baru bersiap pegi UH. Selalunya saya akan tunggu situ dari pagi hingga ke malam. Ganti duty papa pulak..bagi papa rest on weekend.

Well, i’ll update from time to time mama punya progress later k. Letih ni…tak larat..:(


Tag mama

Sebelum masukkan NG feeding


Waallaaah!! Selepas masukkan NG feeding


Penunggu/penjaga/pencinta yg SETIA, my DAD


Mama minum susu ni lepas dah masukkan NG feeding.

6 comments:

Azmah Yusof said...

Ira,

Banyakkan bersabar k..kuatkan kesabaran..ini semua dugaan utk meningkatkan keimanan kita kpd Pencipta...I doakan mama you cepat sembuh...

Syiera said...

Hi Nora,

Terima kasih kerana mendoakan.

Encik Ayie Yang Garang said...

Iera,

we pray your mum to be having fast recovery. insya allah, allah akan kurniakan kekuatan untuk iera dan kesihatan untuk mak iera, sebab Dia maha kaya dan adalah amat senang bagi Dia untuk mengurniakan sesuatu pada hambaNya. :-)

Syiera said...

Hi En Azrin,

Thank you so much for your support and prayers...mean so much to me. Thanks again.

Anonymous said...

Hi Iera..sooo cute la mama u bila i baca story u tue...anyhow i understand camane tahap kesabaran yg perlu nak jaga someone in that conditon..jaga la dia dgn ikhlas k..setiap keikhlasan dan kesabaran tue ada balasannya..n suka tgk ur parents..they seems so loving..Insyallah..bersama2 la kita doakan yg terbaik 4 ur mama k..

Syiera said...

Hi Iza

Terima kasih iza, itulah yg selalu iera buat..iaitu menjaga mama dengan seikhlas hati dan penuh kesabaran. Ni hari dia, kita tak tahu hari kita besok macamana pulak kan..minta yg terbaik dari Nya..insyaAllah. Thanks for your prayers Iza.