Thursday 27 November 2008

Hal baju..

Semalam saya iron baju lain, tapi pagi ni saya pakai baju lain.

Malam tadi iron baju yang satu ni tak berapa nampak sangat crumplenya. Tup..tup..pagi tadi tengok baju tu, masyaAllah....banyaknya crumple tu...isshh..tak sukala baju yang banyak crumple-crumple nih.

Last nite masa saya gosok baju tu OK aje, pagi tadi lain pulak jadiknya....ada 'orang' pakai ke..[Jangan Uuuuuuuuuuuu...I duduk sorang-sorang ni] :P :P Nasibla saya terjaga pkl 6.00am. Semalam saya bangun terlewat...pukul 6.30am baru terjaga....penat punya pasal. Sampai office pun lambat jugakla.

Pagi tadi, carila baju lain dalam almari, last-last pakai baju yang dry clean ajerla....tak sempat dah nak iron baju nih, sebab 6.45am dah kena keluar rumah, nanti lambat pula sampai UH. Kena matching dengan tudung pula baju tu..well, tudung tak payah iron sebab tudung OK..:)

Wednesday 26 November 2008

Mama admitted II

Apa yang saya nak cerita/update ni….I’m totally blank now…too exhausted :( Takpe…biarlah saya cerita serba ringkas sambungan mengenai tajuk di atas tu k.

22/11/08 (Sabtu)

Hari ni pegi UH lambat sikit kena uruskan hal rumahtangga dulu. Sampai UH dalam pukul 10am. Saya tak park kereta kt parking UH tu, sebab terlalu mahal per hour is RM1.00. Saya park kereta agak jauh jugak dekat dengan kedai mamak Paandi kt PJ tu. Kena berjalan kaki dalam 15 minit ke UH. I’ll be in UH for more than 10 hrs..tak sanggup nak bayar sampai berbelas-belas ringgit untuk parking aje. Ni untuk jimatkan duit parking. Setakat RM3 – RM4 bolehla tahan lagi.

Kalau jalan lengang-lengang kangkung tu takperla jugak…ni nak kena bawa segala diapers, baju, toilet rolls, books, newspapers, breakfast..etc..etc..etc..tp tu semua saya letak dalam begpack kecuali diapers. Stok barang untuk weekend agak banyak berbanding stok barang on weekdays, sebab saya juga akan berkampung dengan papa on weekend :P

Keadaan mama masih macam tu jugak tak banyak perbezaan…masih tak mau makan. Still under observations..dan masih menggunakan NG feeding. Pada masa yang sama, kami cuba juga suap melalui mulut, tp dia tak mau juga buka mulut tu..:(

Lunch time makan kat food court Menara Timur. Dating dengan papala berdua aje. Tu pun dah lambat lauk-lauk pun tak ada yang menarik …kami makan aje apa yang ada…mahal pulak tu. Takpelah….rezeki untuk hari tu janji kenyang.

Pukul 6 lebih, saya kena ambil kereta saya kat kedai Paandi tu..nnt lelama kat situ orang syak kereta tu xder owner pulak...naya aje. Ambil kereta then park masuk basement kat UH.

Pukul 10 lebih barula saya balik ke rumah. Tp, tak terus balik rumah singgah kedai makan, sebab tak dinner lagi nih. Tp untuk dinner papa, dia keluar dgn Ami Zahir & family for dinner. Biarla dia tengok dunia luar pulak dari terperuk dlm wad tu aje..boleh pening dibuatnya..heh..heh..heh.

Saya dinner kat gerai tom yam kat Menjalara tu. Kali ni saya makan kat situ instead of beli bawa balik. Sampai tokey situ pun pelik, sebab tak pernah-pernah saya makan situ, kali ni saya makan situ. Sekali sekala apa salahnya. Almost 11pm baru sampai rumah.

Baju-baju yang saya basuh pagi tadi, nak kena ambil kat ampaian dan lipat terus. Nasibla tak hujan kering semua baju saya tu. Ingat nak iron baju papa untuk esok, lgpun esok hari ahad, pagi esok ajela iron baju papa. Untuk hari ni, i’m flat nak pengsan. 12.30am baru tidur...Zzzzzz

Yang datang melawat mama hari ni, Ami Zahir, Ami Mark, Ami Mat, Nda Jannah, Nda Iza, Aunty Non & Ami Mohsen.


23/11/08 (Ahad)

Keadaan hari ni, tak banyak bezanya macam semalam. Sama aje keadaanya. Cuma yang berbeza pelawat yang datang tengok mama. Cuma hari ahad ni hari cuti, ramaila yang datang melawat...tak menang tanganla nak melayan, walaupun tak menghidangkan air...heh..heh..heh. Bab-bab nak menjawab soalan itu dan ini yang tak pandai tu.

Papa kata..mama ni murah rezeki, sebab sesiapa saja yang datang melawat mama depa akan bagi ’sedekah’. Alhamdulillah la kalau macam tu...dah rezeki mama Allah Taala bagi macam tu. Syukur sangat-sangat.

Ohh..lunch & dinner untuk papa hari ni, my uncle belanja makan kat luar. Luar UH bukan luar wad..:) Saya tak kisah, saya boleh jaga mama bersama-sama nurse yang on duty. Papa deserves a rest and a proper meal as well. As for me, makan apa2 pun boleh...janji kenyang.

Lunch saya pegi food court kt Trauma building...dinner plak, otw home saya singgah kedai tom yam kat Menjalara tu. Kedai smlm. Kali ni tokey kedai tu duduk semeja dengan saya bersembang dgn saya. Kalau diikutkan hati memang malas nak bersembang2 dah. Tp, nnt dikatakan sombongla pulak. Well, sambil makan sambil sembang. Dia tanya banyak patah soalan...saya jawab sepatah. Knowing me not in a mood to talk...so sorry to that guy. Harap dia faham.

Then, malam tu kena bersiap untuk bekal hari Isnin pulak. Takut nanti terover slept lambat pulak sampai UH keesokkan harinya. Bersiap awal-awal ni senang...walaupun lambat kita dah tak ada apa nak fikir lagi sebab benda-benda yang nak kena bawa esok dah SIAP. Cuma kena bersiap untuk diri sendiri aje. I'm a well organised person..:P Kononnya..:) :D


24/11/08 (Isnin)

6.45am saya dah keluar rumah. Singgah kt Taman Tun beli breakfast for papa. Traffic tak heavy sangat sebab cuti sekolah.

Lepas dah hantar barang-barang to UH, saya terus pergi office. Petang ni lepas office, Izuan datang. Kebetulan dia cuti hari ni..dan dia pun nak melawat mama. I fetch him kt KL Sentral then terus pegi UH.

Lepas maghrib, Izuan keluar dan Papa for dinner..left me alone dengan mama. It’s ok with me, lagipun nurses pun ramai. Dalam bilik mama tu ada 3 orang lagi patients…so takla sunyi sangat. Ada 1 patient ni, muda lagi ..dia duduk sebelah katil mama. Dia baru 13 tahun dah ada kanser tulang belakang dan baru aje lepas buat operations. Mak dia ni peramah sangat..berbangsa India. Masa saya tengah layan baca buku, Aci ni datang tegur sebab dia kata, anak dia ni suka tengok saya. Saya terkejutla....sbb dia kata ’suka’ tengok saya. Kenapa yea? Aci ni kata, anak dia suka tengok saya layan mama, sebab nampak loving sangat, cakap pun lembut, cium/sayang pipi mama, suap makan dalam mulut pun dengan pujuk rayu, kalau bercakap tu tak dengar suara, [yelah dlm wad, xkan nak cakap kuat2 pulak menganggu nnt] lagi 1 perkara....she like my dress that day [saya pakai baju kebaya hitam/putih]. Waahh!! Kembangla saya hari tu...puji melambung pulak Aci nih. Saya dah merah padam dah muka masa tu. Sempat lagi tanya, sama ada saya dah kahwin ke belum? Saya jawabla belum..dia pun tau saya belum kahwin, sebab selalu datang sorang2.

Saya pun perasan jugak anak dia asyik duk perhati aje saya ni. Pada saya tak ada yang ganjil kalau orang nak pandang kan. Lagi pun dah 1 bilik tu, kalau tak pandang kita..nak pandang saper lagi.

Malam tu saya balik dari UH pukul 9 sebab nak hantar Izuan kt Rawang. Izuan kerja kat Duta Palm Resort kat sana. At the same time, bolehla tengok tempat dia bekerja.

25/11/08 (Selasa)

Routine seperti biasa.

According to the doctor, mama ada urine infections..tapi tak serious stable.

Mama dah mula boleh makan guna mulut..tp dalam quantity yang sikit. Tak boleh banyak-banyak. Masa breakfast ada dalam 20 sudu kecil porridge, lunch pun macam tu jugak and dinner lebih sikit, sebab saya yang suap. Mama boring kot asyik papa aje yang suap. It’s a progress for her, sebab dia mau nak makan. Harap sangat cepatlah kami boleh balik, sebab saya tak larat nak ulang alik UH ni.

Nak habiskan semangkuk porridge tu pun punyala lama. Memang tak boleh habis pun, tak sampai setengah mangkuk pun mama makan. Jadikla at least something dia boleh makan menggunakan mulut..instead of NG feeding tu.

Well, itu aje ceritanya. InsyaAllah nanti saya akan hantar lagi khabar berita kat sini k.

Friday 21 November 2008

Percutaneous endoscopic gastrostomy (PEG)



Gastrostomy feeding is recommended if your digestive system is still working well but nutritional support is likely to be needed for more than a few weeks. It may be used for people whose cancer is blocking the gullet and so nasogastric feeding cannot be used.

Gastrostomy feeding involves surgically creating an opening, known as a fistula, through the abdominal wall. A feeding tube can then be passed through the opening and into the stomach. The feeding tube is held in place with either a stitch, a small inflated balloon around the tube just under the skin, or a flange around the tube just under the skin.

How a PEG is put in
Before a PEG is put in, the procedure will be explained to you by a doctor or specialist nurse. You will be asked to sign a consent form to say that you agree to having the PEG put in and that you understand why it is being done.

You will need to have nothing to eat or drink for 6–8 hours before the procedure, to make sure that your stomach is empty. You will be given antibiotics and may be asked to use an antiseptic mouthwash to reduce the risk of any infection developing.

You will be given a sedative to make you feel sleepy. A flexible tube with a light at the end (an endoscope) is passed into your mouth, down your gullet and then into the stomach. The stomach is inflated with air and the endoscope is positioned so that the light at the end shines through the abdominal wall to show the position of the stomach.

The skin of the abdominal wall is then cleaned and a local anaesthetic is used to numb the area. A small cut is made through the skin and muscle through which a feeding tube is inserted into the stomach.

Following the procedure the area around the tube (known as the tube site) is cleaned. A dressing is not usually necessary unless there is leakage of fluid from the site. The area around the tube needs to be cleaned daily with soap and water and thoroughly dried. The tube needs to be flushed with 30mls of water before and after each feed. It takes approximately three weeks for the skin to heal around the tube, and during this time it is recommended that you do not get the area wet. It is fine to shower as long as the exit site is protected. It is also fine to wash, but bathing should be avoided.

Nasogastric (NG) feeding


Nasogastric feeding is usually recommended if you are likely to need to be given nutritional support for only a short time. NG feeding may also be used for people having radiotherapy to the mouth, throat or gullet, if swallowing becomes difficult due to swelling from the radiotherapy.


How an NG tube is put in
You will need to be in a comfortable position, sitting upright. A thin, flexible tube is gently inserted into your nostril, down the back of the throat, down the gullet (oesophagus) and into your stomach. It is important that the person inserting the NG tube checks that it is correctly positioned in your stomach.

This is done by drawing some fluid out from the tube using a syringe. As stomach fluid is very acidic, fluid drawn out from the tube is tested for acidity with a pH indicator to show whether or not the tube is in the stomach. Sometimes an x-ray may be necessary to make sure that the tube is correctly placed in the stomach.

Once the tube is correctly positioned it will be taped to your nose or cheek to keep it in place.

Your dietitian will work out how much liquid food you need to have each day and you can be given this through the tube by the hospital staff. If you are at home, the liquid food can be prescribed by your GP, who will ask your local pharmacy to supply it for you.

Other fluids, such as liquid medicines, can be given through the tube. Your dietitian, doctor, nurses or pharmacist can advise you about which medicines can be given through the tube. They will show you how to give them properly. Medicines can block the tube if they are not diluted properly and flushed through with plenty of liquid.

Thursday 20 November 2008

Mama admitted


Pagi ni mama admitted. Abang Faiz yang hantar pegi UH. Kenapa mama kena admit? Well, lately ni dia tak mau nak makan. Bukan baru-baru ni, dah beberapa bulan yang lepas before hari raya lagi. Normally, kami akan bagi roti with butter/jam, cereal, cornflakes, porridge, sup ayam, Wyeth ENERCAL Plus milk. Kadang-kadang tu on weekend, saya buat puding, kek, agar-agar, desert yang manis/sweet nak bagi mama makan untuk tukar selera kan. Semua tu dia tak mau makan. Kalau makan pun cuma beberapa mulut aje, lepas tu dia kulum banyak-banyak dalam mulut, kita ingat dia makan, kita ni pun suaplah...lepas tu dia luah keluar. Dah kotor baju. Nak kata tak sedap, benda-benda tu semua balanced nutrition.

Mungkin mama dah jemu kot. Tapi nak buat macamana, kalau nak bagi makan yang kita makan pun, macam nasi goreng ke, sayur, ayam, daging tu, mama bukan boleh makan pun, tak ada gigi nak kunyah and doctor pun advice NOT to give that kind of foods. Kadang-kadang tu bagi jugakla, kesian tau, nak kena hiris halus-halus ayam/daging tu lepas tu gaul dengan nasi..tu boleh...PUN tak mau jugak nak makan. :(

Kalau bagi minum Enercal milk tu, contohnya untuk dinner, dari lepas maghrib, hingga nak ke tengah malam baru selesai susu tu segelas. Kena suap guna sudu. Kalau momentum dia nak buka mulut dan nak makan tu ON, bolehla laju sikit, tp kalau dia dah tutup mulut tu...errmm..alamatnya berjam-jam lagi la baru nak habis segelas susu tu. Kalau tak minum susu tu, nanti lapar pulak.

Sekarang ni perkataan yang selalu keluar dari mulut dia is "TAK MAU, TAK MAU, TAK MAU, TAK MAU, TAK MAU" then pejam mata lepas tu tutup mulut rapat-rapat. Dah tu macamanala nak bagi habis segelas susu kalau dah keadaan macam ni.

Papa suggest bawa mama masuk wad. Abang Faiz jumpa personally Prof Vicky, asked for his advice and he suggested admitted. Prof nak buat observation on her, either to do CT Scan, Endoscoptic or x-rays..tengokla nanti macamana resultnya. Sometime ada kait mengait dengan brain jugak..message tak sampai kat brain tu yang jadi tak tentu arah tu.

Sementara ni Prof suruh guna NG feeding (Nasogastric feeding). It's usually recommended if the patient are likely to need to be given nutritional support for only a short time. Lepas dah selesai segala x-rays etc..etc..dah dapat results semua, tengok keadaanla mungkin nak kena buat Percutaneous endoscopic gastrostomy (PEG) permanently..:(

So, now UH is my 2nd home again. Pagi-pagi keluar rumah, before 7am saya dah keluar to avoid jam kat PJ area tu, to UH, hantar breakfast and baju bersih for papa or other things that he required from home. Lepas office, beli dinner dulu kat kedai mana-mana area PJ tu, then dinner kt UH dengan papa. Duduk UH sampai pukul 10pm baru balik rumah. Sampai rumah dah tak larat, tapi nak kena buat juga hal-hal rumah tu. Kalau kerja the next day nak kena iron baju saya & papa. Check pokok2 bunga kalau layu kenala siram pokok tu, takpela...malam siram pokok pun malamla...dah siang tak ada orang kat rumah. Lampu kt rumah tu jangan cakapla..keliling rumah saya pasang, dari porsh kereta, tepi kawasan rumah ada 2 lampu kalimantang, dedua tu saya pasang & belakang rumah..dah macam pesta pulak penuh dgn lampu kt rumah saya tu. Yelah..sebab tinggal sorang-sorang mana berani tak pasang lampu.

Weekend ni, routine mcm biasa jugak, pagi-pagi bangun mengemas rumah dan cuci kain baju yang seminggu tu. Bila dah selesai semua tu, baru bersiap pegi UH. Selalunya saya akan tunggu situ dari pagi hingga ke malam. Ganti duty papa pulak..bagi papa rest on weekend.

Well, i’ll update from time to time mama punya progress later k. Letih ni…tak larat..:(


Tag mama

Sebelum masukkan NG feeding


Waallaaah!! Selepas masukkan NG feeding


Penunggu/penjaga/pencinta yg SETIA, my DAD


Mama minum susu ni lepas dah masukkan NG feeding.

Tips To Stay Young & Happy Always


1. Throw out non essential numbers.
This includes age, weight, and height. Let the doctors worry about them.. That is why you pay them.

2. Keep only cheerful friends.
The grouches pull you down. (Keep this in mind if you are one of those grouches!)

3. Keep learning:
Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain get idle.
'An idle mind is the devil's workshop.' And the devil's name is Alzheimer's!

4. Enjoy the simple things

5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.
And if you have a friend who makes you laugh, spend lots and lots of time with him or her!

6. The tears happen:
Endure, grieve, and move on. The only person who is with us our entire life, is ourself. LIVE while you are alive.

7. Surround yourself with what you love:
Whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

8. Cherish your health:
If it is good, preserve it.
If it is unstable, improve it.
If it is beyond what you can improve, get help.

9. Don't take guilt trips.
Take a trip to the mall, even to a foreign country, but NOT to where the guilt is

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity
.

And if you don't tell this to other people - who cares? But do share this with someone.



Wednesday 19 November 2008

PD plak..

Baru-baru ni saya pergi PD pulak. Asyik berjalan aje saya ni...berjalan cuti-cuti Malaysia. Tak pergi jauh-jauh pun dekat-dekat aje trip ni. Unplan trip memang selalunya menjadi. Benda yang kita duk plan lama-lama tu, jarang-jarang menjadinya…ada saja halnya. Well, this time, as usual my friend Girl yang ajak pegi PD ni. She called me on Friday terus ajak pegi PD sebab dia dapat complimentary stay kat Avillion Admiral Cove PD.

I packed all my things, nothing much to bring…stay over the weekend aje bukan banyak sangat baju nak kena bawa pun. She came to my house fetch me then off we go to PD. Btw, kali ni Dalle join sekali. Dalle ni officemate Girl.

Let the pictures tell the stories k...:)


Thursday 13 November 2008

Kenduri ke Mekah

Saya cuti sebab Papa nak buat kenduri doa selamat untuk aunty saya yang akan ke Mekah menunaikan rukun islam yang kelima. Flight dia malam ni.

Tengku Norsiah a.k.a. Aunty Missy. Kenapa panggil Aunty Missy? Dulu dia kerja sebagai nurse kat salah sebuah hospital kat KL ni. Dia ke Mekah sorang-sorang..sebab suami dia dah meninggal 2 tahun yang lepas sakit barah paru-paru.

Dia cukup bertuah sebab, dia baru aje register tahun ni, dan tahun ni juga dia dapat pergi ke Mekah. Yelah….dia pergi dengan pakej haji khas, under Tabung Haji juga, cost her about RM20k++ kot kalau tak salah. Aunty Missy kata, pakej ni selesa, sebab dapat bilik 3 orang aje, pehtu hotel dekat dengan tempat beribadah. In her group ada diwakilkan oleh seorang ustaz…1 kumpulan 7 orang aje, pada saya ia memang sesuatu yang cukup selesala..sebab tak perlu nak berasak-rasak dengan orang ramai/lain ketika melakukan ibadah. Kalau normal through Tabung Haji rasanya kena tunggu 2 3 years kot untuk menuggu kuota. Dah rezeki aunty saya tahun ni kerana dapat peluang yang belum tentu orang lain boleh menikmatinya. Saya suka cara dia membuat persediaan untuk ke Mekah, when I looked at her, I know she is now ready and all prepared.

Kenduri doa selamat ni tak buat besar-besaran pun, cuma panggil close family dan seorang ustaz. Uncle & Aunty dari Alor Star, Tok Mak Pah & family, Aunty Non & Ami Mohsen, Abang Faiz & family…tu aje..tak ramai.

Tak boleh nak panggil ramai-ramai sebab saya sorang-sorang yang nak mengendalikan majlis ni. Tak larat dibuatnya. Makanan saya order kat kedai Sri Damansara, Laksa & 3 jenis kueh. Aunty goreng kueyteow, ada nasi impit & kuah kacang. Tu aje menunya. Tupun dah penuh meja. Nampak tak banyak tapi nak menyiapkannya tu tanpa pertolongan orang lain memang penat dan susah. Sebab kena buat dalam quantity yang banyak...kalau quantity yang sikit aje takpe...tak teruk sangat.

Tu hal dapur. Hal dining room, nak kena keluar segala-gala dining set, sudu, garpu, gelas, jug dalam cabinet, kena cuci walaupun dah bersih, tp masih kena cuci jugak. Hal living room, kena vakum, ubah carpet, tambah carpet, susun furniture accordingly, banyak nak susun/ubah/atur tu Uuuuuu. Kawasan kat luar rumah tu lagi. Addooii...nasibla Uncle ada menolong sikit-sikit.

Lepas Asar semua tetamu dah datang. Baca doa selamat sikit. Rasa sebakla pulak rasanya bila ustaz tu baca doa...yelah...sebak sebab gembira sebenarnya. Cemburu pulak sebab aunty dapat ke Mekah. InsyaAllah....satu hari nanti saya juga akan ke sana juga.

Flight Aunty Missy malam tu jugak...tak pasti pukul berapa. Tapi dia kena berada di Tabung Haji by 8.30pm. Saya tak pergi menghantar, cuma Papa & Abg Faiz aje yang pergi.

Lagi pun hal rumahtangga tak selesai lagi nih. Nak kena mengemas semula. Banyak benda lagi nak kena buat. Segala pinggan yang dah dibawa keluar siang tadi nak keluar simpan balik. Esok pulak dah kerja. Selesai semua kerja-kerja dalam pukl 11pm. Tak laratnya...:(
Kepada Aunty Missy & just semua jemaaah haji, saya doakan agar haji yang dimiliki nanti mabrur dan selamat berangkat ke tanah suci Mekah dan selamat pulang ke tanah bertuah MALAYSIA ini... amin.

Aunty Missy, Tok Mak Pah & Aunty KuMah

Tok Mah Pah, Aunty KuMah, Papa & Aunty Missy

Makan time...


Bersedia nak bertolak..

Monday 10 November 2008

Terpaksa tukar status..


Hari sabtu lepas, lepas pegi pasar beli barang-barang dapur sikit, beli breakfast, mengemas rumah sikit-sikit...tak kotor sangat pun...lap-lap habuk aje. Keluar semula pegi cuci kereta. Selalunya saya buat sendiri kat rumah..tp minggu lepas sebab banyak sangat pasir dalam kereta tu terpaksala bawa kereta saya pegi cuci/vakum. Saya tak suka kereta saya berpasir-pasir nih or ada benda-benda alien...kotor dan tak selesa.


Sampai kat tempat cuci kereta tu, biasala orang-orang yang sepatutnya cuci kereta tu...cucila macam biasa. Lepas dah cuci bersih, drive ke tempat vakum pula. Saya keluar aje dari kereta, bagitau kat budak bangla tu, vakum dan cuci getah ni. Nasib dia faham. Well, kat tempat tu jugak ada disediakan tempat untuk wax kereta. Adala beberapa orang mamat melayu ni duduk situ tunggu customer sambil bertanya kat customer-customer yang lain sama ada nak wax kereta mereka ke tak...adala beberapa jenis service wax kat situ..which is saya tak ambil peduli dan ambil kisah.


Dari cara pandangan mamat melayu tu, macam gatal aje...naik menyampahla pulak. Pandang saya aje senyum, pandang saya aje gelak...pandang saya aje kenyit mata...rasa macam nak sepak aje. Saya pun bukan sengaja nak pandang depa-depa tu....cuma kat situ ada juga customer-customer yang lain. Suka hati sayala nak pandang sesiapa pun.


Finally, siap cuci/vakum kereta saya. Saya dah bayar dan nak masuk dalam kereta..tiba-tiba datan gsalah seorang dari mamat tu approach. Dia belek-belek kereta saya, sentuh-sentuh kereta saya....dia kata banyak calar...warna dah tak smooth. Dia tanya -


Budak A : Adik nak wax kereta tak? Kami ada sediakan service untuk wax kereta..murah aje dik tak mahal. Lagipun abang tengok kereta adik ni banyak calar sana..calar sini, kalau kereta adik ni abang wax...nanti warna tu akan tahan lebih lama... (cara dia tu macam kerang busuk..tersengeh-sengeh..menyampah betul)



Me : Takpela.....terima kasih...lain kali aje.


Budak A : Alaa...adik kejap aje tak lama, dalam 3 jam aje wax ni. Untuk adik ni, abang charge cuma RM50...3 kali kami wax. Tapi untuk orang lain tak dapat harga RM50 ni. Murah ni tau adik.


Me : Takpela...lain kali aje, nanti kalau saya nak wax ke apa ke...biar 'suami' saya yang datang bawa kereta saya ni. Terima kasih. (Muka saya dah lain macam dah, agaknya dia tak reti bahasa melayu ke, orang kata tak nak tu..maknanta tak nakla!!..isshhh!!!)


Budak A : Oohh..dah kahwin. Ingatkan tak kahwin lagi. Minta maaf yea. Okla...nanti Puan bagitau kat suami puan mengenai service kami kat sini. (Sambil tertunduk-tunduk macam orang jepun pulak minta maaf)


Me : Ok. (Sambil masuk dlm kereta...then drive out)


Buang masa aje layan orang macam ni. Kalau nak good service from customer, buat cara yang betul....bukan cara nak mengatal macam ni. This is not my 1st experience...dah banyak kali saya kena macam ni. Tp, bukan kat sinila tempat lain.


Dari saya membazir duit bayar wax kereta ni, lebih baik bagi papa buat. Puas hati....papa memang suka wax kereta saya ni...dan jimat belanja. Satu tin car wax tu, boleh buat banyak kali not only 3...but more than 3 tau.


Disebabkan adengan tersebut terpaksa saya menukar status saya dari single kepada isteri orang..heh..heh..heh. Cover beb!! Kalau tak buat macam tu...lain kali bila saya pegi sana cuci kereta lagi, nanti ada yang gatal naik bulu pulak.