Saturday, 6 January 2024

Trip to Hatyai - Part 2

Salam to all my dear friends and family.

Saya sambung cerita Hatyai untuk hari yang kedua.  Hari ni kita tak jalan jauh...banyak membeli belah la topik kali ni.  Mula-mula kita breakfast dulu area Kim Yong market...isi perut dulu sebelum boleh nak membeli-belahla kan. Misi aritu sebenarnya nak mencari kaitot meena yang terkenal sangat tu.  Terkenal sebab dah viral among Malaysian.  



Geram je tengok petai-petai tu. Ini macam peniaga kecil-kecilan letak khemah depan kedai.



Kat pasar pagi ni lagi banyak pilihan kacang-kacang dan makanan kering yang lain. Nampak pun lebih fresh. 









Banyak barang-barang kraf kat sini.  Harga pun murah.





Inilah Kaitod Meena yang viral.Terletak kat persimpangan jalan utama masuk ke pasar Kim Yong. Jual pulut ayam dan nasi khomok. 




Menikmati kaitod meena dalam tuk tuk.



Seterusnya kami ke kaysorn souvenir di Hatyai. Tempat apa ni?Tempat beli belah cenderahati. Macam-macam ada kat sini. Harga?Tak pasti lah, lebih kurang je rasanya. Tapi kalau masa ke sini tak pasti nak beli apa, boleh lah cuci mata.  Dalam kaysorn ni agak panas. Tak berapa nak rasa aircond dia. Fuhh mencabar juga nak membeli belah kat sini dengan panas, orang pun ramai. 


Nora Plaza Hatyai adalah kompleks membeli-belah yang meriah yang terletak di tengah-tengah Hatyai. Kat sini memang terkenal dengan barangan produk kulitnya yang berkualiti dan berbaloi! 




Bingsu Nom6, among the best halal restaurant in Hatyai...must try. Sini memang best makan aiskrim kat sini. Besar gile portion! Jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
 


Bingsu Manggo


Bingsu BrownieOreo


Bingsu Chocolate Banana


Bingsu Saimai


Kerabu Maggie


Kami berjaya yea menghabiskan kesemua bingsu2 tersebut..:) :D




Selesai Bingsu, next is to Floating Market. Kami tak makan pun sebarang makanan kat situ sebab sangat orang dan hujan.  So just jalan-jalan dan tangkat gambar..beli barang sikit. 


Klong Hae Floating Market ni hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja termasuk cuti umum dari jam 1 pm hingga 9 pm. amai sungguh manusia kat bawah nuunn.  Kami tak turun sebab padat sangat.  InsyaAllah we will come again.



Tak dapat turun bawah nuuunn...dari atas jambatan ni pun bolehh..:)


Campak payung yea...demi gambar.  Padahal masa ni tengah hujan renyai-renyai.  Landmark gong ni is a must to take picture kalau sampai di Khlong Hae floating market.


Memang hari hujan, perjalanan kami macam susah sketla haritu...sebab nak kena masuk ke kedai2 untuk berteduh. 


Sebelum balik kt hotel...restoran Hameed ni tetap kami singgah jugak ....almaklumla kelaparan setelah berbelanja...haa gituu... Mujurla restoran ni sebelah hotel kami aje.



So macamni lah bila pi ke tempat-tempat yang viral & jadi tumpuan pelancong. Pening kepala.. hehe. Tapi bukannya  hari-hari ke sini, yea tak. Layan je lah keadaan yang serabut dengan orang ramai macam ni sesekali..

Lepas ni ke mana lagi pit stop kitaorang..Stay tune...

No comments: