Sunday, 7 January 2024

Trip to Yogyakarta - Part 2

Salam to all my dear friends and family.

Kami bangun awal untuk bersiap dan sarapan dulu kat hotel. Pagi-pagi memang tak makan banyak sangat takut sakit perut nanti.  Dah la nak ke satu tempat ke satu tempat tu jauh..so, jangan cari pasal...hehehe. Pilihan makanan kat sini pun boleh tahan. Puas hati la makan. Alhamdulillah kenyang.

Untuk hari kedua ni kami semua akan ke Jurang Tembelan, Goa Pinul, Timang Beach dan Makan Lobster!!


Jurang Tembelan merupakan kawasan berbukit tinggi di kawasan Kanigoro, Bantul, Jogja yang merupakan tempat pelancongan yang cukup popular.  Jalan kat sini macam jalan nak pi Cameron tu. Hutan kiri kanan. 


Tempat ni kita boleh menikmati pemandangan yang menghala terus ke kawasan berbukit sekeliling dengan udara yang nyaman dan sejuk. Destinasi ini juga dikenali sebagai daratan di atas awan kerana lokasi ni kita boleh lihat keindahan lautan awan pada awal pagi matahari terbit.


Macam kapal ni just buat dengan buluh dan terapung tau sebab kat bawah tu ada tiang. Seriau jugak nak pergi hujung ambik gambar. Tapi bila dah naik rasa ok je pun. Mula-mula je takut sikit.



Kat sini ada banyak port untuk bergambar tapi tak sesuai untuk orang yang gayat sebab semua port cantik-cantik duduk kat tebing. Berani tak berani je nak naik.


Ratusan juga amek gambar kat tempat ni, kita amek yang paling best la kan...hehehe.


Spectacular view!


Hutan Pinus ni popular dikalangan fotografi. Hutan ni nampak cantik dan menarik dengan deretan pokok-pokok pinus yang tumbuh lurus tegak tinggi ke atas!




Hutan Pinus, mestila semua pokok Pinus, kan? Tapi ni semua pokok yang ditanam. Bukan hutan semulajadi. Pandai depa buat marketing kan? Hutan ni best sangat, sejuk nyaman je..banyak oksigen!






Setelah puas di Hutan Pinus, next is ke Goa Pindul, the only water aktiviti kami untuk trip kat Jogja kali ni. Activity body rafting masuk dalam gua dan jugak body rafting kat area sungai... package banyak..tuk package gua and body rafting ni harga 120k.. tak silap..lupa dah.


Seterusnya bila nak ke lokasi menyusuri Goa Pindul, kami perlu menaiki lori yang telah disediakan untuk ke destinasi tersebut. Sepanjang perjalanan nak ke lokasi menyusuri itu, mata tertumpu dengan perumahan kampung kiri dan kanan yang ada di situ. 


Goa Pindul ni kita kena bawak baju spare sebab baju yang kita pakai cornfirm basah. Kita akan dapat sorang satu pelampung besar untuk kita duduk atau baring atas tu. Memang selesa. Kalau kita datang berkumpulan, diaorang akan ikat pelampung kita antara satu sama lain supaya tak terpisah.


Mula-mula kami dibawa menyusur sungai, kemudian masuk ke Goa Pindul. Dah nama pun Goa kan.. dalam ni memang gelap sangat-sangat. Kalau tak bukak lampu memang tak nampak apa pun. Seriau jugak la. Dari gua tu siap ada guide bagi penerangan sampai keluar semula dari gua.. dah abis nanti kena naik lori ke sungai plak..kat sungai tu body rafting ikut arus sungai.








Muka ada senyum kan...padahal dah penat ni...dengan panas teriknya... Tapi seronokla naik tubing ni...layaannn sungai..hehehe.




Kelaparan masing-masing.  Kami semua ni tak bawa cash, mujurla tokey kedai ni izinkan kami untuk hutang atau 'tulis nota' bagi pada tour leader kami dan pembayaran akan dibuat setelah kami semua balik semula ke tempat persalinan.


Jauh jugak nak sampai sini dari Goa Pindul. Untuk ke Pantai Timang, kami akan berhenti di tempat lobster dan tukar naik jeep. Tak sure berapa bayaran unuk jeep sebab semuanya dah termasuk dalam pakej. Dari tempat jeep ke Pantai Timang, perjalanan lebih kurang dalam 30 minit macam tu. Jalan pulak jenis yang berbatu dan licin..seriau jugakla. Gegar-gegar jugakla...hahahaha..adooiii sabar je lah.!!





Seorang kena bayar 200 ribu rupiah untuk naik gondola ni. Yang ni kami bayar sendiri sebab tak termasuk dalam pakej. Dah dapat tiket,tangan pulak kena cop. Dah macam nak masuk kelab pulak. Hahaha.Tapi diaorang kat sana dah tahu dah.Tengok tangan ada cop terus cakap "dah ke Pantai Timang ya?".




Kalau tengok macam tak confident je nak naik sebab gondola tu dibuat dengan kayu je pun. Rugi tak try sebab kita dah sampai sini...silala cuba naik. Best! Sebenarnya takut jugak. Ye lah dah la ombak kuat pastu tak ada life jacket yeaaaa.... Tapi bila tengok ramai yang naik terus rasa teruja plak nak naik!


Alhamdulillah sampai seberang sana dengan selamat. Sekejap je pun naik tu.  Sebelah pulau tu tak ada apa pun. Just port bergambar. Tapi cantik la. Rugi kalau sampai Jogja tak datang sini tau!











Tapi kalau uoll tak naik gondola, boleh jugak pilih naik jambatan gantung ni. Untuk naik ni cuma 100 ribu rupiah je. Tapi kita dah sampai sini, kena rasa kedua-duanya la kan..baru thrill!


Habis berjimba dekat Timang Beach, perut pun dah lapar. Kami lunch makan LOBSTER! Best wei..



Ni menu yang kami order. Rugi sangat kalau tak rasa lobster kat sini. Ada 2 jenis masakan lobster iaitu Butter dan Pedas.  Paling suka is yang pedas sebab sambalnya rasa manis-manis pedas.  Ditambah denga isi lobster yang fresh..memang mabeles i tell you..!




Sambil menaip ni pun dah terliur balik. Dah la murah. Kami makan banyak ni seorang lebih kurang RM 50 je duit kita. Puas hati sangat sebab portion banyak dan makanan sedap.  Boleh tak kalau just gi Jogja tu..nak makan lobster ni aje?? Tak mau g tempat lain..heheheh



Kita letak banyak-banyak sikit gambar lobster ni...bagi yang baca ni terliuq...hehehe.

Okay...setelah kami semua kenyang...time to go back to our hotel.  Mata pun dah layu..badan pun dah penat...aktiviti hari ni penuh yea... Tapi kami semua enjoy sangat hari ni. Banyak kenangan manis..:) Nanti saya sambung lagi Part 3.

Tunggu...

No comments: