Sunday, 7 January 2024

Trip to Yogyakarta - Part 3

Salam to all my dear friends and family.

Hari kedua di Jogja. Bangun seawal 6 pagi, siap-siap terus turun breakfast kat hotel. Selesai sarapan, terus gerak ke Merapi dulu. Perjalanan ke sana agak jauh jugak la. Bila sampai, kena tukar naik jeepp untuk teruskan perjalanan ke kaki Gunung Merapi.

Nak tau tak sebab apa kena naik jeep? Ha.. sebab jalan nak naik tu semua dipenuhi dengan batu hasil daripada letusan gunung berapi.


Dari sini kita akan diberi pendedahan tentang gunung merapi yang meletus pada tahun 2010 yang memusnahkan satu kampung yang tinggal berhampiran dengan gunung merapi. Jeep tersebut boleh muat 4 ke 5 orang dan dalam berjalanan nak naik atas tu akan ada beberapa tempat persinggahan.








Kaliadem ni merupakan nama sebuah dusun/perkampungan. Bunker ini merupakan tempat perlindungan daripada lahar merapi. Terletak kira-kira 400 meter daripada puncak merapi dan mempunyai ruang mandi dan oksigen tapi masih tidak dapat menampung orang yang belindung didalam bunker ini dan mengorbankan 2 orang sukarelawan. Seorang ditemukan didalam bilik air dan seorang lagi dihadapan pintu selepas 4 hari berlindung. Kemudian ianya tak lagi digunakan kerana dah tak selamat dan tak dapat menampung panasnya lahar merapi.


Gunung Merapi yang terletak di Jogja ni merupakan salah satu gunung berapi yang paling aktif. Gunung ni merupakan salah satu dari sekitar 500 gunung berapi di Indonesia. Kali terakhir meletus pada tahun 2010 dan antara letusan yang paling dahsyat iaitu 26/10/2010 dan mengorbankan 353 orang.



Clear blue sky dan gunung merapi ni nampak jelas..cantik sangat!













Naik lagi ke atas, ada batu menyerupai muka manusia. Penduduk kat situ panggil batu alien. Dipanggil alien sebab kalau tengok betul-betul akan nampak mata dan hidung alien pada batu ini.





Kemudian kami ke rumah salah seorang penduduk yang musnah dalam letusan gunung berapi pada 5 Nov 2010. Kat sini kami dibawa melawat sekitar rumah yang dah musnah.






Memang sedih melihat kesan yang ditinggalkan merapi dan gambar-gambar nahas kat sana. Syukur Malaysia masih aman dan tiada gunung berapi yang aktif.


Setelah penat naik jeep kesana kesini..its time untuk makan tengahari.  Kami singgah di The Waroang of Raminten




Menu wajib..ayam penyet!



A good place to visit when exploring a temple in Indonesia. Plaosan temple is a must-do. It is a mixed temple between Buddha & Hindu religion. Nice place to take nice photos especially on shiny days.









Take a break jap lepas melawat candi. Kedai ni tepi jalan dekat dengan candi plaosan je.


Sedap ayaq nyoq campuq madu ni...:P

 
Next destinasi ialah ke Malioboro Street.  Tumpuan pelancong untuk membeli-belah. Meriah dengan pelbagai gerai jualan, gerai makanan dan juga pelbagai hiburan ‘buskers’ penyanyi dan penghibur jalanan.






Nak shopping barangan seperti baju, seluar, batik, jaket, lukisan, aksesori dan macam macam lagi, boleh singgah di Malioboro Street.





Pendek kata, kalau ke Yogyakarta, anda mesti singgah di Jalan Malioboro. Banyak yang boleh anda explore di sini dan ia memang sesuatu yang menggambarkan budaya dan masyarakat Indonesia di Yogyakarta.

Selesai di Malioboro Street kami semua balik semula ke hotel untuk sesi mengurut pula.  To those yang nak mengurut tu harusla segera siapkan diri.  Malam tu dinner is on our own..mencarila kedai makan sekitar hotel sebelum balik ke bilik.  Terjumpa kedai Bakso dekat dengan hotel kami..terus grab....kalau tak nanti tak sempat nak mengurut. Our TL yang arrange sesi mengurut ni, dan depa datang ke bilik kami untuk mengurut.  Saya tak buatla...tak berani..takut tulang patah...hahaha.  Well, that's about all for today.  Saya akan sambung lagi part 4 dalam masa yang terdekat ni.

Tungguu...

No comments: