Saturday, 6 January 2024

Trip to Hatyai - Part 3

Salam to all my dear friends and family.

Kita sambung perjalanan kita kali ni...which is on our last day di Hatyai.  Again...the famous Dimsum Chabura. Ikutkan semalam kami dah cuba untuk datang ke sini, tapi ramai sangat orang...hinggakan kami tak boleh nak masuk langsung.  And we suggested to come again first thing in the morning.  Guess what by 6am kami dah terpacak yea depan kedai...dan kedai pun ngam-ngam dah buka masa itu. Dimsum Chabura ni memang glamor dikalangan pelancong dari Malaysia dan viral di serata sosial media. So our driver bawa weolls ke sini untuk sarapan pagi la..senang cerita kan.  First thing first is breakfast. :)




Benda pertama yang kami nampak sebaik sahaja menjejak kaki ke Dimsum Chabura sudah tentunya susunan dimsum yang macam-macam! Macam-macam jenis! Macam-macam bentuk! Macam-macam warna!




Untuk tempahan dimsum ini, kami hanya perlu pilih dimsum yang disukai, dan letak di dalam dulang untuk menanti giliran di kukus.  Ada dua nombor yang sama di dalam dulang kami. Satu nombor ditinggalkan dalam dulang  dan satu nombor lagi kami bawa ke meja kami. Tujuannya ialah apabila dimsum sudah siap dikukus, memudahkan pelayan restoran membawa ke meja kami dengan hanya melihat nombor di meja kami sahaja.


 Oleh sebab terlalu banyak pilihan, sampai tak tahu nak ambil yang mana satu!





 Tidak lama kemudian datanglah dimsum yang kami pilih!
Comel-comelnya jew bentuknya. Taklah besar sangat. Bolehlah setiap sebiji masuk sekali suap.




Kita pergi ke Kim Yong Market dekat dengan Lee Garden tu. Kita cari kacang-kacangan.,sambung shopping yang mana tergendala aritu. Tengahari nanti kita nak gerak dah ke sempadan. 



The famous burger 7 E Thailand.  Orang Malaysia kalau masuk sini kena beli burger ni..sedap katanya.  Saya pun belila untuk warga Malaysia...hahahahaha.


Inila dia Pak Wan yang menjadi driver kami selama kami di Hatyai.


Packing our stuffs...mohla kita balik ke pangkal jalan.  Beranak-ranak semua bag-bag kami..hehehe.


Van yang bawa kami dari hotel terus ke Padang Besar.




Sebab tak muat ruang simpanan dalam ETS.  Maka bag-bag kami semua terpaksa letak kat ruang luar. Tapi, jangan risau..tak hilang pun.


Selesai sudah perjalanan 4hari 3malam di Hatyai.  Banyak pengalaman manis bersama-sama geng seret hikers ni.  InsyaAllah ada rezeki kita plan again another trip to other places pulak...:)

No comments: