Salam to all my dear friends and family.
26th to 29 October 2023
Plan nak ke Jogja ni amek masa kejap aje. Kebetulan Lilytraveldiaries ada buat trip ke Jogja bulan October, kami pun zass la bayar deposit tuk booking trip ni. Yogja ni dah lama saya nak pergi sebelum PKP lagi. Memandangkan sekarang ni kita dah boleh fly..kita grab la opportunity ni kan.
Kami semua berkumpul di KLIA2 awal pagi sebab flight kami pukul 9.30am. Boarding pass semua Lily dah arrange legala kami semua. Kami beli luggage..almaklumla kami ni memang kuat nak shopping...harusla ada extra kg tuk luggage kami. Nanti tak muat plak barang-barang shopping kami..:D
Perjalanan dari KLIA2 ke YIA smooth and on time..Alhamdulillah.
Geng travel Jogja...here we come!
Long overdue overseas trip..:D
HELLO AirAsia..please be good to us yea...:)
Kami selamat mendarat di YIA.
First thing first is lunch. Kami dibawa ke Bu Hartin restoran.
Menu ayam penyet memang terkenal lah kan di Indonesia ni. Kami semua makan dengan seleranya.
Kami makan tengahari dan solat disini sementara menunggu next adventure.
Gumuk Pasir ialah salah satu tempat yang menarik di Jogja, ia terkenal dengan pasir yang indah dan lanskap yang eksotik. Ia terletak di sepanjang Pantai Parangkusumo, kira-kira 30 km dari pusat bandar Yogja. Tempat di sering menjadi destinasi pelancong yang ingin menghabiskan masa santai di tengah-tengah alam terbuka sambil menikmati sunset. Kita jugak boleh melakukan aktiviti seperti Jeep Safari, ATV, Sand boarding etc etc.
1 jeep is 300k RP. We are ready! Let's go..!
Memang adventure betul naik jeep ni. Terhoyong hayang gegar sana sini dibuatnya. Supir tu siap amek gambar..amek video and it turnout so nice!! Sangat professional.
Manaiki jeep di Gumuk Pasir adalah pengalaman yang best dan agak popular di Jogja. Kita boleh teroka bukit pasir dengan cara yang seronok. Selain bukit pasir, kita jugak akan dibawa ke Pantai Parangkusumo, Parangkritis dan Parang Karang.
Artis Syed Ali pun join this trip jugak. Close friend to Lily.
Naik jeep sambil menikmati sunset.
Take a break jap after the rough ride!
Minum ayaq nyoq hilangkan dahaga.
Just love this picture...background jeep tu santekkk..!
Tepi Pantai Parangkritis ni ada jualan udang, ketam untuk munch-munch. Ada jugak jualan yang lain-lainnya...tapi tak berani nak beli takut sakit perut. Kita kat tempat orang ni kena jaga pemakanan kita takut sakit perut nanti kita tak boleh nak enjoy.
Inila hotel kami Boutique Hotel. Roomate saya kali is Wany. Kami tak dapat bilik yang bertiga, jadi saya dapat roomate baru..:)
Setelah selesai aktiviti jeep di Gumuk Pasir, kami semua terus balik ke hotel. Lagi pun hari dah nak malam. Perjalanan pun dalam 1 jam jugak nak ke hotel dari Gumuk Pasir ni. Lepas kami semua dah checkin, kami jalan-jalan sekitar area hotel untuk cari tempat makan malam. Pastikan hati-hati yea cari tempat makan, sebab tak semua kedai di Jogja ni halal.
Kami terjumpa 1 kedai ni berdekatan dengan hotel kami, order Indomie goreng with cheese + ice lemon tea. Mujurla sedap.
Sekian dulu untuk part 1 ni, nanti saya sambung lagi untuk part 2.
Tunggu...
No comments:
Post a Comment