Monday, 22 March 2010

Damak, Sri Mersing, Pak Malau....

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu




Baru-baru ni saya berkesempatan menyaksikan Teater Sri Mersing di Istana Budaya. Ia telah dinobatkan sebagai Filem Klasik Melayu Terhebat Sepanjang Zaman yang dihasilkan oleh Allahyarham Salleh Ghani.

Sri Mersing ni mengisahkan seorang anak muda yang bernama Merah iaitu anak kepada Damak telah singgah di Mersing selepas menuntut ilmu di Riau tanpa diketahui oleh ayahnya.

Perasaan ingin tahu dalam diri Merah mengenai bapanya yang melarang beliaru untuk pergi ke Mersing tidak dapat ditahan oleh Merah, Merah Cuma mengetahui yang bapanya pernah ada hubungan dengan Sri Mersing.

Setelah sampai di Mersing, Merah telah bertemu dengan Pak Sireh lakonon Dato’ Mustafa Maarof dan membawa Merah untuk bertemu dengan Sri Mersing.

Sri Mersing lakonan Seniwati Rosnani Jamil menceritakan kembali mengenai hubungannya dengan Damak kepada Merah. Sri Mersing juga menceritakna mengenai nasib Damak bersama keluarganya iaitu Mak Tanjung dan Deli yang hidup merantau di Mersing dan sering difitnah oleh orang kampung terutamanya Awang Sulung lakonan Yus Raja Lawak anak Penghulu Lanchang Kuning.

Sewaktu Merah di Mersing juga nasibnya serupa seperi ayahnya juga iaitu difitnah oleh orang kampung disana seperti Bentayan lakonan Rusd Ramli, iaitu anak penghulu Mersing lakonan Abu Bakar Juah akan tetapi orang kampung amat menyambut baik kedatangan Merah ke kampung untuk melakukan perubahan di Mersing. Akhirnya Merah jugak mengikut jejak ayahnya untuk pulang ke Pahang.





5 comments:

suriani said...

sangatlah kajangnya pak malau itu ye?
i like ady and i know u do too!!

Syiera said...

Hi umi ameer,

Yess...ady tu la yg menguatkan lagi teater sri mersing tu..:P :P

iza said...

hi iera.. lama private blog, y? termiss pulak cuti2 iera tue..hehe..

sri mersing...patutnya i pun nak tgk jugak tp byk sgt halangan :-(

Syiera said...

Hi iza..

Mana ada lama private blog..hehehe..kejap aje..:P

Laa..yeke? Xpe..xpe..next show ada..byk lagi show yg best2 kt IB nnt..:)

Unknown said...

Do you have bad credit or in need of urgent loan to solve a pressing need? We lend secured and unsecured loans to honest and reliable individuals and companies globally at 3% interest rate. Here is the solution to your financial problem, do you also need money for your, project, business, taxes, bills, and many others reason, contact us today for that loan you desire, we can arrange any loan to suit your budget at low interest rate.Contact us (mrhamdnloanoffer@gmail.com) YOU CAN ALSO ADD US ON WHATSAPP (+447763915312)