Salam semua..
Sambung part 3 plak..:)
Lepas breakfast, kami telah dibawa ke tempat ke Jade Center. Ia terletak on the way ke Great Wall. Kilang ni kerajaan China yang punya dan harga yang ditawarkan kat sini memang kena pantau dan agak berpatutan, boleh tahan ‘murah’ gak laa..:) Lama jugakla kami berada kat sini. Saya tak beli pun…tak mampu!! Still expensive walaupun dah di pantau harga..lg pun saya tak minat jade. Adala isteri2 LS (Land Surveyor) yg memborong jade…depa bolehla beli…husband masing2 bukak company sendiri…kaya raya…beli selagi boleh!!!
Depa semua sibuk membeli-belah, saya and the others…sibuk bergambar kat luar kedai jade tu…dekat basikal la….main dgn snowla….perakkkla katakan…he..he..hee.
The Highlight of our China tour, The climbing of the Great Wall of China, Which was first built in the Warring States period (475 -221 BC) as a series of earthworks erected by individual kingdoms as a defense against each other as well as from invasions from the north. The present day wall was left from the Ming dynasty. Nak cerita pasal Great Wall banyak-banyak pun tak guna, mesti ramai dah tahu. Great Wall nih sebenarnya ada banyak section, dianggarkan sepanjang 6000KM dan dibina oleh Maharaja Ming semasa Ming Dinasti sama dengan Forbidden City dan Tian’anmen Square tuh.
Then, we proceed to ski resort. Memandangkan kami pergi sana hari isnin, sekitar kawasan ski tu KOSONG!! LENGGANG!! TAK ADA ORANG!! Waaahh...mcm ski resort tu kami yang punya..:) Bukannya kosong langsung...adala kot lebih kurang 20 orang aje yang bermain ski. Kalau termasuk group kami 55 orang saje..heh..heh...hehe. Saya tak main pun, sebab kena bayar sendiri tak termasuk dalam pakej. RMB140 = RM70. Kami yang tak main ski ni, cuma bergambar ajerla disekitar ski resort ni. Tak jauh pun dari Great Wall...dalam 15 minutes drive aje.
Saya lahir tahun harimau....wajib bergambar dengan jade HARIMAU. Tak dpt beli dpt bergambar pun jadila..:P
Hehehe...bergambar dengan basikal adalah acara wajib jika melawat ke luar negara:)
Bergambar dengan Alis acara wajib juga. Ayah dia tokey travel agency kami..:)
Itu diaa...GREAT WALL!! Tangga tula saya panjat.
Posing dulu sebelum memanjat tangga..:P
Half of the way...lepak jaaapp.. Takut ni..curam tangga ni.
Penat!!! Termenggah2 dibuatnya. Dgn snownya...dgn tangga licin. Extra..extra careful.
Break lagi...heh..heh...heh.. Takutla...betul2 takut!! Tangga curam giler!!
Ni kt Ski Resort Beijing. Tengok...tengok...lenggang kaaan?
Kan saya dah kata....main slide ni pun sorang2..heh..heh..heh...BEST!!!
Dah rasa macam duduk kt belah-belah Europe plak..:)
Bergambar dengan ranting-ranting pokok ni haruss..:)
Next...Part IV
2 comments:
wahhh!!! nmpk pun, memang best tak terkata. snowy lagik kat sana... bestnya lah haiiiii...
salam..saya ni student nak beijing ni..nak tanya barang kat sana mahal2 tak?kain,..n menda2 lain..hope tolong saya..anta kat emel sya..elsevier88@gmail.com
Post a Comment