Monday, 8 March 2010

I d' Beijing - Part 2

Sambung

Salam Semua...meh..meh kita sambung cerita Beijing ni.

Next kami pergi ke Summer Palace. Ia merupakan istana musim panas bagi maharaja @ maharani bersama gundik2 dan anak2 mereka. Masuk situ macam kita balik ke zaman silam plak..ahaakss..:) Tasik Kunming best...LUAS!! Masa kami sampai sana, tasik tu dah bertukar jadi ais and suhu masa tu 2 degrees. Keadaan kat situ sentiasa berkabus!! Samar2 aje permandangan. Tasik ini mempunyai sebuah pulau di tengahnya iaitu Pulau Nanhu. Sebuah jambatan yg panjang, Seventeen Arch Bridge dibuat supaya senang untuk kita sampai ke pulau itu. Ia dibina oleh Marco Polo. Oleh kerana cuaca yg teramat sejuk, kami tak dapat berjalan dengan lebih lama kat Pulau Nanhu tu.

Itula Seventeen Arch Bridge. Jalan kaki aje cross nak ke Pulau Nanhu

Ni kat tengah-tengah Seventeen Arch Bridge

Berjalan keliling Nanhu Island sambil mendengar Anita bercerita mengenai maharaja2 yg pernah menduduki pulau ini.


Lepak sat....penat plak jalan pusing pulau nih...walaupun tak sebesar mana pun..:P



Bersama cousin2 ku K.Mama & K.Keh..:)

Aktiviti masa lapang warga emas kat sana ialah bermain layang-layang. Betul..tak tipu. Ce tengok gambar tu...uncle2 aje yg main layang. Canti2k pulak tu layang-layangnya!!

Seterusnya, kami pergi ke stadium yang paling bersejarah bagi negara China iaitu Bird's Nest Stadium. Rugi kalau pegi sana tak tengok stadium sarang burung nih..heh..heh..heh. Olympic 2008 held here.


Berlatar belakangkan Dragon Hotel, 7 star.

Kat belakang yang berwarna biru tu Water Cube, stadium renang.

Comel aje lampu sarang burung nih...rasa macam curi masuk dlm beg ajer..hah..ha...ha.:D


Dari stadium, kami dibawa ke tempat perurutan. Kaki kami direndam dengan air panas selama 15 – 20 minit berserta campuran herbs. Kemudian kaki kami diurut oleh pemuda-pemuda bangsa cina. Seboleh-bolehla saya nak perempuan yang urut, tapi dah di ambil oleh kakak2 yg lebih senior …adeeiihhh….takpela…urutla…lagi pun bukannya jumpa lagi dah. Gatal nak mampos cina ni!!! Tak payahla saya cerita kat sini..huhuhuhu..:( Kami diperiksa oleh doktor di situ mengenai tahap kesihatan, syukur alhamdulillah....saya sihat..:) dan disyorkan ubat untuk makan tetapi kami tidak beli walaupun semacam dipaksa untuk beli ubat yang disyorkan. Too bad...kami nak urut aje..bukan nak beli ubat :P


Sedap dia urut, tak sakit pun...lepas dah kena urut ni, terasa lega sesangat2....cuma sebab cina ni GATAL!!! Saya naik menyampah!!! Senyum terpaksa nih..:(

Next, makan time!! Selama saya kt Beijing selama 6 hari. Kami dibawa ke berbagai-bagai restoran muslim. Makanan kat restoran tersebut terjamin halal..kena pastikan pergi ke restoran muslim. Hari-hari kami makan nasi..sama ada 6 atau 8 jenis lauk. Standard chinese style. Semua lauk-lauk tu fresh!! Berasap2!! fresh from oven..hehehe.


Depan kedai makan dgn K.Ila & A. Mokhtar.


Sambung..

No comments: