Program hari ni ialah ke Thaif. Thaif ni merupakan tempat yang bercuaca sejuk terletak lebih kurang 2000 meter dari paras laut.
Bumi Thaif ni dijadikan tempat oleh Rasulullah SAW bersama Saidina Zaid bin Harithah menyebarkan dakwah islam.
Kesan dari pemergian Rasulullah SAW ke bumi Thaif ni telah meninggalkan sedikit sebanyak sejarah yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan.
Jarak dari Mekah ke Thaif lebih kurang 90km, terletak lebih 2 marhalah dari Mekah.
Breakfast dulu kat hotel sebelum kami semua bergerak tunggu bas kat bawah.
Kawasan Mina
Penempatan khemah tetap di Mina
Masjid Abdullah bin Abbas dinamakan sebab Abdullah bin Abbas dimakankan disini. Sejarahnya, Abdullah bin Abbas telah menjadi pembantu Rasulullah SAW sejak kecil lagi dan sentiasa mengikut kemana sahaja Baginda pergi. Menjadikan ia mendapat berbagai ilmu terus dari Rasulullah. Masjid ni dibina sekitar 592H.
Setelah kewafatan Rasulullah beliau terus mencari ilmu dari sahabat-sahabat Rasulullah. Beliau merupakan orang yang amat cerdik dan telah meriwayatkan lebih kurang 1600 hadis. Hadis yang dikumpulkan beliau datang secara terus dari Rasulullah dan jugak dari sahabat-sahabat Rasulullah.
Jemaah dari Turki.
Berebut-rebut haa ..nak ambil gambar sama-sama..:) Bila dah salam..siap cium-cium pipi ...nampak macam depa suka dengan kami ni.
Makan aiskrim dimana sahaja...yummeehh!!
Amazing Umrah group photo!
Seterusnya kita makan dulu sebelum kita proceed to our next destination. Kita makan nasi arab with ayam and kambing.
Seterusnya kita makan dulu sebelum kita proceed to our next destination. Kita makan nasi arab with ayam and kambing.
Guys di luar...manakala ladies.....(next pic)
Makan berkonsepkan Morocco...haa gituuu
1st time rasa kunafa ni...sedap jugak. Balik Msia nak kena cari ni kat mana ada jual.
Menu lunch kami nasi arab, ayam dan kambing. Rasanya...masyaAllah...enak banggatt!!!
Ini budak memang tak boleh nak duduk diamm...:) :D
Kemudian kami dibawa ke kilang minyak wangi..kilang ni produce minyak wangi guna bunga ros. Kalau nak beli minyak wangi kat sini memang recommended sebab murah dan boleh tawar-menawar.
Thaif juga terkenal dengan memproses bunga ros. Dalam kedai ni berbagai produk bunga ros dipamerkan, dari pati bunga ros, minyak wangi, air ros, sabun dan sebagainya. Harga bergantung pada produk.
Nyaman kat sini...sejukkk. Sebab Thaif ni kan letaknya tempat tinggi...tu yang rasa nyaman.
Settel beli minyak wangi, seterusnya ke gerai buah-buahan segar di Thaif ni.
Tengok gambar ni...semua buah-buah kat sini sangat segar...murah...my SIL yang banyak borong fruits....I tumpang rasa sikit...hehehehe.
Selesai membeli buah-buahan segar, kami terus ke Masjid Qarnul Manazil (Miqat) untuk berniat sesiapa yang hendak membuat Umrah.
Tamat sudah cerita Thaif saya pada kali ni.
Nanti saya sambung lagi cerita kt Mekah ni k.